Thursday, 12 September 2024

TENTANG BUKU


Dua buah buku dia atas adalah sebuah cerita yang sama. Saya mengenal penulis ini dalam tahun 2022, maksud saya, saya mula membaca tulisan-tulisan beliau pada tahun tersebut. Masih segar dalam ingatan, peristiwa dan momento yang berlaku pada tahun tersebut apabila saya memandang buku ini.


Tahun ini, sept 2024 , saya ada membaca pautan naik penulis yang mengatakan bahawa buku itu ditulis ketika beliau berada dalam keadaan yang paling broken kerana pemergian ayah kesayangan beliau. Dan ironinya saya juga membeli dan membaca buku itu ketika saya berada dalam titik terendah dalam hidup saya kerana terkhianati dengan kepercayaan saya sendiri. 

Betullah, jiwa yang sensitif ini sentiasa ada sahaja peristiwa yang boleh dikaitkan atau menjalin kenangan dengan sesuatu benda yang berkaitan.  


Berbalik pada buku di atas, istimewanya buku Tentang Pergi yang berada di sebelah kiri adalah buku First Edition yang saya miliki, terasa istimewanya, kerana buku ini telah diulang cetak sebanyak enam kali sehingga Julai 2023 dan mungkin ada lagi cetakan yang seterusnya kerana ramai yang suka membaca tulisan En. Faiz. Dan buku yang satu lagi itu, saya beli dalam keadaan saya ghairah mengumpul koleksi trilogi Tentang, langsung saya terlupa yang saya sudah memiliki sebuah! 


Saya juga mempunyai impian untuk menjadi penulis sepertinya. Sederhana dan begitu comforting dalam menyampaikan idea-idea beliau. Saya selalu menyaksikan live beliau, mengambil pengajaran dan memberikan tumpuan penuh dengan apa yang dikatakan beliau, kerana apa yang disampaikan selalunya akan sampai kejiwa, tentang kisah-kisah dalam Al Quran, kisah-kisah Nabi, dan juga tentang isu self-actualization, self-acceptance, developmental psychology and motivation. Saya suka dengan idea yang disampaikan beliau, kerana tulisan beliau jugalah saya dapat katakan saya berjaya menyembuhkan luka yang ada kerana saya menganggap Kita semua adalah watak utama dalam naratif perjalanan untuk penyempurnaan kehidupan. Saya berdamai dengan takdir yang ditentukan. Saya meminta tenang, dan Allah bukakan jalan saya, bertemu dengan manusia yang mempunyai jiwa yang tenang dan menyebarkan kebaikan. Baiknya Allah.


Saya juga punya banyak lagi koleksi tulisan beliau, dan beberapa buah buku hasil daripada penerbitan beliau, nantilah akan saya rembeskan sedikit apa yang ditulis oleh anak buah dan rakan seperjuangan beliau. Corak tulisan dan terbitan karya-karya dari Tentang Kita semuanya sangat comforting dan healing.


Boleh saya katakan, sekarang jiwa saya akan resah jika tidak membaca buku, jiwa saya menjadi tenang asbab dengan buku dan dengan meluahkan menjadi sebuah catatan di blog ini. Saya tidak peduli tentang siapa yang singgah membaca blog saya, saya cuma mahu menulis dan meluahkan, biar ia menjadi satu kenangan ketika saya membacanya dua puluh tahun akan datang.


Elena Hamid 

Tuesday, 10 September 2024

SEMPIT

Sempit, terhimpit
Tidak pada fikiran yang tidak berhenti bermonolog..
Risau, sasau, galau.. 
Kau kau, aku aku, kita kita
Bersatulah fikiran dan rasa
Mencipta bahagia

Sunday, 11 August 2024

aku kebuntuan idea - writers block!


Sehari dua ni rasa kebuntuan idea untuk menulis, perancangan buku masih ada 17 bab yang memerluan pengulang bacaan sehingga puas hati. Kadang akupun tak berpuas hati dengan apa yang aku tulis, bagaimana dengan Penerbit? Ya Allah Ya Kahliq, bantu aku, berikan aku ilham untuk terus menulis. Kadang-kadang aku selalu berimpian yang aku punya ilham seperti usman awang, azizan ali dan segala sasterawan, dan segala penulis. Bagaimana mereka melihat dunia? Ya Allah pinjam aku kebijaksanaan itu.

ESCAPISM

Escapism.. Lama aku cari perkataan ni untuk memberi makna kepada apa yang aku buat. Tak pasti adakah dia mimpi lama yang muncul kembali, baca dan tulis, atau adakah dia sebagai jalan keluar untuk aku escape sebentar daripada memikirkan hal-hal di hadapan mata yang menyesakkan dada. Kadang-kadang letih rasa menanggung fikiran yang selalu overthinking, lalu dicurahkan segalanya di ruangan ini, iya.. Ianya banyak membantu.. Membantu mengurangkan bebanan fikiran. Kadang-kadang kita cuma memerlukan seseorang untuk mendegar sahaja, sudi berkongsi telinga. 

Wednesday, 7 August 2024

aku muncul kembali

Wah.. Tak sangka blog ni masih wujud. Begitu lama aku tingalkan habis bersawang dan berhabuk. Kalau imbas kembali post lama, boleh sengih sampai ke pipi melihat proses perjalanan hidup ni. Dulu masa aku suka berbloging anak masih tiga orang, tengok gambar depa pun masih kecil comel lagi, sekarang semuanya dah besar panjang, dan ada penambahan ahli seorang, sekarang dah berumur 5 tahun. Aku dah jumpa medan untuk mengasah pensil, disini aku boleh bebas berkarya.. Lagipun tak ada siapa yang baca..aku dengan akaun aku yang satu lagi.

Agak lama aku tinggalkan blog ni.. Rasanya tahun terakhir tertera 2015.. Sekarang dah 2024..betapa masa itu sangat pantas..

Terima kasih ya Allah kerana memberikan aku ilham untuk membuka kembali blog ini.. Aku mencari takdir yang mungkin Kau tuliskan untukku kerana melorongkan aku kesini.

IOI CITY MALL

Haritu pegi ioi city mall, putrajaya...memang besar jugaklah..yg bestnya kat situ ada ice scating, tak payah pegi sunway pyramid dah...akan datang ni dlm bulan december, drg nk bukak presint21, iaitu macam tmpt indoor games yg lasak, blh lompat2, blh main2...entrance fee rm75/pax...lain2 tmpt shoping, kedai2, apa yg aku tgk, apa yg ada di ioi mall puchong, ada kt ioi city mall..ada tambahan beberapa butik kedai...mcm sephora, guess...yg lain x ingat..mcm tempat makan pulak, terletak di tkt bawah (G floor)..byk restoran, haritu cuma makan kat paparich dan texas chiken saja..senang cerita, another place to hang out selain alamanda bagi aku yg tinggal kat kajang ni,...dah boring sgt kat Alamanda tu ..pusing2 10 minit dh tak tau nk buat apa...hehehe..tapi Alamanda still best jgk lah sbb ada butik2 besar macam Mont Blanc..ni suami aku suka..oh ya...kat dalam tu pun ada tesco yg standard mcm cold storage...klu nk shoping brg dapo sambil jalan2 pusing2 cuci mata, mmg tempat ni ok..sedia duit jer bebanyak...hehehe...overall..mmg akan dtg lagi...

Tuesday, 25 December 2018

MENJELANG 2019

Assalamualaikum semua..semoga kita berada dalam rahmat dan redha Allah SWT. Pertama kali sejak 2016, saya buka balik blog ini, setelah 2 tahun berhenti  menulis dan sekadar menulis kecik-kecilan  untuk rujukan diri sendiri sahaja, hati begitu kuat untuk bermula semula. Dalam masa dua tahun, terlalu banyak perkara yang terjadi. Setiap dari kita melalaui ujian hidup, tidak akan terlepas. Cuma cara tindakan kita sahaja yang berbeza.. Salute untuk semua, kita adalah insan yang kuat (tanpa kita sedari).

Okeeyy..2018 dah berada dipenghujung, dan  kita akan memasauki tahun baru 2019. Macamana you guys punya persediaan? 2019 ni akak diva akan memasuki tingkatan 1, setelah bertarung dengan 6 tahun yang menyeronokkan di bangku sekolah rendah dah sampai masa masuk menegah pulak. Alhamdulillah kak diva dapat 6A untuk UPSR 2018, dan tahun 2019 ni akan menyambung berjuang mencari ilmu2 Allah di Sekolah Seri Puteri (SSP), semoga Allah permudahkan segalanya. Dalam rasa bersyukur  seorang anak berjaya dalam pendidikan awalnya, ada juga rasa libang libu dalam hati ni, iyelah, anak dara dah tinggal asrama, 1st time berjauhan untuk jangka masa yang lama, secara automatik otak jadi kreatif memikir dan menciptakan masalah-masalah yang belum terjadi. Inilah namanya overthinking. Bila dah jadi macam ni, terpaksa bertenang dan menyerahkan semuanya kepada Allah si pemilik hati. La haula wala quwata iilla billah. Kita tidak mampu berbuat apa-apa tanpa izin Allah, kita tidak mampu merancang tanpa izinNya, Dialah yang menentukan segalanya, baik yang baik  atau sebaliknya.

Bercerita tentang Sekolah Seri Puteri, saya tahu ia adalah antara boarding school  yng top notch di Malaysia ni. Rasa tak sabar pula menunggu bulan depan 8hb Jan 2019 untuk pendaftaran. Saya hendak explore tentang SSP, hendak jadikan ia modal dalam bahan penulisan saya akan datang. InsyaAllah, Sebelum ni dah pernah jejak sekali sewaktu kak Diva mengambil Ujian Kelayakan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) selepas UPSR baru-baru ini. Tidak saya sangka back to 2016 saya dan suami pernah pusing-pusing sekitar Cyberjaya melihat rumah-rumah yang ada di sana, merasakan suasana urban (padahal Kajang dengan cyberjaya tu bukannya jauh pun), melihat komuniti di sana seperti apa dan sebagainya, hinggalah kami lalu dihadapan Sekolah Seri Puteri. Kagum saya tengok sekolah yang cantik, berhadapan dengan tasik dan suasana jauh dari kehirukpikukan bandar. Memang amat sesuai untuk persekitaran pembelajaran anak-anak. Dan Saya pernah dengar Sekolah Seri Puteri adalah antara boarding school yang hebat prestasinya. Masa itu terdetik di dalam hati, mudah-mudahan anak saya akan berada di sini suatu hari nanti. Bermula dari hri itu saya sentiasa menggalakkan kak Diva supaya belajar lebih pandai lagi target masuk SBP dan pilih Seri Puteri. Dan kakak diva pun macam setuju. Alhamdulillah, Allah izinkan semuanya terjadi. So kiranya anak berjaya masuk SBP dengan sekolah pilihan ini adalah salah satu nikmat yang Allah berikan pada saya, Allah perkenankan doa-doa saya. Kalau saya tidak ada peluang menjejakkan kaki berkumpul bersama pelajar-pelajar SBP, biarlah anak pula yang merasakan. Hehehe..itulah dulu mak ayah suruh belajar betul-betul tak nak kannnnn...
 Bila anak dah nak masuk asrama, teringat pula kenangan 27 tahun lepas, jadi budak hostel memang best, sangat best. Kenangan mengusik jiwa giteww. Saya tinggal asrama sejak berumur 12 tahun, sehinggalah tamat STPM pada umur 18 tahun, bersambung pula di zaman university, 3 tahun memgeram dalam campus, So untuk menguruskan kak diva ni, bagi saya tidak ada masalah besar. Cuma zaman sekarang ni cabarannya lain macam sikit. Kita cerita di lain entrylah pasal itu.

Walaubagaimanapun, sekolah dimana-mana sama sahaja, untuk anak-anak semua ambil peluang belajar, manfaatkan usia muda untuk mencari ilmu-ilmu Allah. Banyak lagi yang perlu kamu lalui untuk hari-hari mendatang yang sedikitpun kita tidak ketahui apa nasib kita. Kerana kamu adalah pelapis pentadbir negara dan pejuang agama.

Baiklah..ketenangan saya mencurahkan idea terpotong sebab aliff datang dan buat kacau. Mulut berkicau tak berhenti, ada saja pertamyaan, kang tak layan kita pulak didramakan balik..kena bagi perhatian dulu. Jumpa di entry akan datang, InsyaAllah. Kat bawah adalah  gambar yang sempat  ambik masa UKSBP hari tu. 💕




HUMAN NEED TO BE HEARD

“Loneliness does not come from having no people around,  but from being unable to communicate the things that seem important to ...