Wednesday, 30 December 2015

HARI ORIENTASI SEKOLAH 2016

Selamat pagi positif...

Harini awal pagi dah keluar rumah nak hantar eylham ke sekolah utk hari orientasi. Nampaknya semalam susah sangat nak masuk tido awal sbb dah biasa tido pkl 3-4 pagi..start smlm dah kena tido awal ..terkebil2 mata kawan nak pejam.keh..keh.

Dah sampai sekolah, ramai dah parents bersama2 anak2 ..semua menunggu dan menguruskan hal2 sekolah..ada yang nak beli buku ada yg baru nak daftar..hahaha..me ? Buku pun x beli lagi..

Sebelum masuk kelas, semua murid tahun 1 kena melalui ujian diagnostik, untuk guru mengenalpasti kemahiran murid membaca dan mengenal huruf, untuk menukar suasana pembelajaran tidak formal kepada pendidikan formal. Memang kerja guru tidak mudah..huhuhu..
Harap2 eylham lepaslah..hahaha

Sambil menunggu anak2  melalui ujian, kami parents didedahkan dengan ucapan guru2 dan wakil2 kementerian kesihatan..tapi nampaknya semua parents sibuk hal masing2..ada yg beli buku, ada yang mengepung anak2 kecil, ada yang mendengar dan ada yang update blog..macam Me..hehehe..

Okaylah..nak dengar apa cikgu2 ni cakap...manalah tahu ada benda baru...

SELAMAT TAHUN BARU 2016...

PROJEK RAMBUT SEKOLAH

Oeh..esok dah start hari orientasi eylham utk darjah 1.,jadi petang tadi keluar jap jalan2 pegi sekolah (boleh dikategorikan jalan2 ker tu? Hehehe). Singgah sekolah untuk ambil list buku yg patut dibeli untuk sessi persekolahan 2016. Darjah 4 untuk dania, darjah 1 untuk eylham. Sambil2 tu tengok kedudukan kelas untuk dania. Happy dia bila dapat tau masuk 4 unggul. Katanya itu kategori kelas no1. Hahaha..apa2 jerlah...kalau bagus, maintainkan ..kalau merosot, perbaiki lagi...

Berbalik pada list buku..naik buntang jugak melihat senarainyer..hehehehe...di zaman ekonomi ni, semua pihak ingin menangguk di air yang keruh. Bagi ibu bapa yang kukuh kewangan mmg tiada masalah..tapi yang bergelut dengan situasi meruncing, banyak yg perlu di pertimbangkan. Termasuklah me...pemikiran kristis dan kreatif harus di aktivate kan..lol

Selesai singgah sekolah..aktiviti penting..potong rambut!!
Semua kepala rambut dah style beatles dah ni..mata pun x nampak..kenalah tebas sikit. Kusegak..kusegak...barulah segak!

Wednesday, 18 February 2015

AUNTY ANNE MINES

Alkisahnya pada rabu lalu, pihak TNB ada memberikan notis ttg gangguan elektrik di kawasan taman aku tinggal..kiranya lama jugakklah gangguan tu, start dari pkl 11am-4pm..seperti dalam notis..so akupun dah plan lah malam tu apa yg sepatutnya. Benda pertama yg penting sdh tentu cas segala hp dan tab utk kegunaan bila outing nanti...sbb aku dah plan klu karan takde mmg taklah nak duduk dlm rumah..panasss...

So esoknya, aku dah siapkan semua kerja rumah, masak, laundry..tepat pkl 12 drg dah tutup karan..akupun siap2 nak kluar..asben ajak ke The Mines..

Sesampai jek kt sana, eylham dah nampak dah apa dia nak...tak lain tak bukan, pretzel aunty Anne...dia ni memang suka makan roti..so, kamipun tunaikanlah..walaupun tak minat sangat...sbb pernah rasa yg kat Alamanda, kemain liat lagi..tapi bila oder kat sini, lain macam pulak rasa sedapnya tu..gebu, sedap..hurmmmm....apa lagi..oderkan yg special kat eylham dgn alif..cinnamon, aku dgn ayah dia makan pretzel stick ambik yg cinnamon dgn choclair stick..bolehlah tahan..tengok cara dia buat macam senang...ni yg macam nak beli oven ni...

Sebab drg dah excited sgt nak makan, gambar pun tak sempat nak ambik..hihihi...

Pada sesiapa yg sukakan roti2, bolehlah jadikan aunty anne ni alternative bila makan kat luar..kat kajang tak berapa pasti kat mana ada. Hari2 makan ayam pun jemu jugak kan...lain kali nak share pasal satu lagi kegemaran kami bila makan kat luar, iaitu texas chicken...

Hari nak hujan, nak angkat kain dulu.k.baiiii..

Saturday, 10 January 2015

CUTI SEKOLAH HABISSS!!!!![EDISI HUARGHHH!!!]

Salam uolls....

Jeng..jeng..esok sekolah dah nak mula..maka, akan berubah sedikit rutin yang sdh selesa dan serasi selama dua bulan kebelakangan ini..hehehe

Bangun awal, sedia bekal (agak bingung disitu nak masak apa), klu aku biasa bekalkan nasik goreng, sosej, nugget dan roti..itu jer kegemaran kakak diva..iron baju..(nak senang jena stendby  3 pasang uniform sekolah, dan 2 pasang baju sukan. Baju untuk kafa ada 2 pasang jer..nasib baik baju sekolah lama ada lagi..bolehlah memanjangkan jangka hayat berehat dari iron baju selama seminggu. Kak diva awal2 lagi dah tanya barang nak bisnes..hehehe..dia mmg biasa berbisnes dr darjah 1 lagi..mungkin dia dah ada regular customer...hahaha..

Dari segi financial pun memang akan berlaku kegawatan..ada 3 orang akan bersekolah tahun ni..so i'll do my math...

Sedikit kelebihan bila semua dah bersekolah...I will have my own time a lil bit..sejam dua cukuplah...sebelum aktif semula..so..this routine will continue  for the rest of 17 years..

Wednesday, 7 January 2015

MELAKA WONDERLAND THEME PARK AND RESORT [EDISI CUTI SEKOLAH]

Hai sumer...

Haa...cuti sekolah berbaki lagi beberapa hari..ada 3 hari lagi kut..so ada plan nak pegi mana-mana tak? Last minute plan...pada yang masih tercari-cari maaanaaa  nak bawak anak pi ni????..ngeh..ngeh...apa kata bawak anak pergi main air kat Melaka Wonderland...anak mesti suka main air kan?apa ? tak suka?.....anak aku sukaa.....hehehe..

Ok, pada yg rasa nak ke sana, sini aku infokan sikit serba harga tiket, utk hri biasa selain cuti sekolah dan umum, utk dewasa berharga RM31.50,kanak-kanak RM24.75,  senior citizens /OKU RM18. Pada waktu cuti dan hujung minggu, tiket dewasa berharga RM36, kanak-kanak RM30.40, dan senior citizens/OKU RM18. Di dalam sana ada disediakan perkhidmatan sewa pelampung..untuk pelampung twin dalam RM20 termasuk deposit.

Review keseluruhan, pada aku okaylah..tapi pada sapa yag ada perangai Diva Kekwat sikit, tak suka jalan , cepat mengah, kaki suka nak melecet, this place is not for you..sebabbb...kat sini, nk pegi dari satu pool ke pool yg lain agak jauh dan berbukit..kalau kena waktu tu panas terik, memang maratap laaa.. sayang kulit oooo...mahal nak jaga!!!!

Pasal makan minum pulak, kalau dapat seludup masuk ok..sbb harga food kat dalam mmg stok vampire punya..

Pasal permainan dia, untuk yang extreme mcm vuvuzuela tu..hehehe..takdelah sampai cam vuvuzuela..setakat pusing2 jerit2 manja jer...akan dibuka pada waktu2 tertentu..kalau untuk kids ni..kolam dan slide untuk dorang memang besarlah jugak..dan kolam big wave dorang macam pantai uolls...kita boleh rilek dan santai sambil tengok anak2 main..anak aku mmg suka main air..tapi dorang tak pandai berenang..jadinya secara otomatik.bila rasa kolam tu dalam,dorang akan main kat tepi2 jer...

Ok..don't forget your shades and UV protection!!! Happy holiday uolls..!!

(kredit to google for the several pictures)

Tuesday, 6 January 2015

TELEKUNG KANAK-KANAK [EDISI JUAL BELI]

Assalamualaikum uolls...

Macam mana hari ni? Happy?, sedih?, geram?, marah?, menyampah?, mood swing?...walau apa pun korang rasa..semoga kita sama2 kuat menghadapi ujian dan dugaan...tapi kalau peluru yang datang..kita lari yerk!..

Ok, hari ni aku nak drop jual barang, telekung kanak-kanak..item tak banyak pun..itupun lepas kemas2 store, jumpa barang ada dlm tong..so, pada siapa yg nak cari telekung budak, blh lah tengok2 dan pertimbangkan..material cotton beg telekung sangat cantik, mcm baldu dan pluffy sikit..warna pun ceria..boleh beli utk anak atau dihadiahkan...saiz pun terhad. Pada yg berminat boleh direct wassap aku 016-2773219.. kalau nak tanya lebih lanjut...

Sunday, 4 January 2015

CAMERA SONY SLT-A58K UNTUK DILEPASKAN -HARGA DITURUNKAN!!!![EDISI JUAL BELI]

Assalamualaikum semua..
Aku nak jual kamera sony spt model diatas..kondisi tip top lagi..baru pakai dalam 2-3%...beli bulan 7/2014..kebanyakkan masa kamera tu bertapa atas almari. Nak jual sebab lebih banyak gunakan hp dari camera...:
Features
20.1-megapixel Exmor™ APS HD CMOS Sensor
High-resolution, High-contrast OLED Tru-Finder™
Lock-on Auto Focus
Auto Object Framing
Quick AF Full HD Movie
15-point AF System With 3 Cross Sensors
Boleh google untuk review model ni...
Item dijual pada harga RM2250 RM1800 full set dgn tripod, memory card16G, dan UV filter..blh nego lagi..but reasonable..if uolls berminat blh direct whatsapp aku 016-2773219 atau 013-6572536..

HUMAN NEED TO BE HEARD

“Loneliness does not come from having no people around,  but from being unable to communicate the things that seem important to ...