Siapa suka makan ayam goreng??? Sila jelir lidah:-P
Mesti ramai yang suka makan kan...tak kiralah dewasa atau kanak...tekak ni macam dah puas dah makan KFC..rasanya start kenal texas chicken ni dlm hujung tahun 2014.hahaha..motif dah makan 2014, tahun 2016 baru nak review...hahaha
Kiranya ada 4 tempat yang kami selalu pegi klu nak makan texas ni, ioi city mall, kajang, klia 2 dan wangsa walk. Tapi dalam banyak 4 tempat tu, paling puas hati kat wangsa walk. Sbb?...sebab...sebab....ayam dia besaqqq...
Apa beza texas chicken ni vs KFC???..banyak bezanya...salah 1 mungkin dah muak dgn ayam kfc..terasa nak ubah selera walaupun subjek yang sama -ayam goreng!
Menu kat Texas Chiken ni banyak, favorite asben must order ialah Mexicana Wrap. Kakak dania pula suka Mexicana burger, alif dan eylham suka aiskrim cone cicah french fries dan mashed potato..mashed postato dan ice cream dia mmg SANGAT SEDAP...dan me suka ayam goreng dia spicy punya. Mula2 dulu order mmg banyak ringgit jugak..maklumlah newbie.ahahkz!!..sekarang ni dah pandai order dah..dulu2 order boleh cecah rm70 jugak..skrg order menu sama cuma rm50++ sahaja..keh..keh..sbb kat dlm tu boleh refill air sebanyak nak minum...gamak nak minum 1 tong tu, minumlah..
Ayam goreng dia mmg juicy dan spicy, not sangat spicy, moderate, crunchy dan yg penting setiap kali order mmg akan dapat ayam yang panas..bukan ayam sejuk gedik!. Setiap set order akan dapat cookies, yg bagi me kaki kukis, mmg sgt heaven..lembut manis dan softly. Nak kata roti bukan, nak kata muffin pun bukan sebab paduan manis dan masin yang seimbang.
Mexicana wrap dan burger dia mmg terbaik, campuran lembut, pedas sos mexicana ( tak tau nama apa, macam thousand island pun ada), tortilla chip, salad, tomatao mayonis memang tepat utk rasa yang mengenyangkan. Semua rasa ada..sbb tu asben da n kakak dania selalu repeat order.
Senang cerita, Texas Chiken adalah satu alternatif bagi peminat ayam goreng, selain kfc, mcd. Piihan mampu milik dan harga yang berpatutan jugak. Setakat ni texas chicken ada di ioi city mall, texas chicken kajang, wangsa walk, klia 2, tempat lain x tau, nak kena google..hehehe
Ok..nanti bila2 boleh cekidaut texas chicken berhampiran anda..