Thursday 28 February 2013



Apa itu Tantrum? Tantrum ni keadaan bila anak menangis melalak-lalak, merengek, yang mana bila semua keadaan baby tu bila kita cek dah ok, macam kembung perut , mengantuk, lapar atau kurang selesa, bila semua tu ok takde apa masalah, tapi masih jugak baby tu menangis atau istilah kita meragam, maka inilah yang dinamakn Tantrum. Takde benda pun nak nangis!!


Aku rasa setiap parents akan mengalami benda ni semasa anak masih kecil..tantrum biasa terjadi diawal umur 12bulan hinggalah paling maksimum 4 tahun ( menurut puan wiki ). Kadang-kadang bila anak tantrum kita sebagai parents pun akan bingung, bengang dan kalau ada yang dalam keadaan stress, kita akan menjadi semakin stress..dan akhirnya menyumbang kepada perilaku marah kepada si kecil...
Dulu masa aku dapat 1st baby, memang tak tahu apa sebenarnya yang terjadi dekat anak aku ni, kembung perut ker, sakit ker, lapar ker, atau tak selesa ker (biasanya itu basik 4 perkara yang kita akan cekidaut), tapi bila aku semak semua ceklist tu, macam ok..hehehe..jadi terjadilah pergolakkan emosi kat aku..stress memanjang..nak tengok anak pun malas...yelah time tu internet takde kt rumah lagi, so infomasi pun sangat terhad, plus aku jaga anak sorang, pantang sorang, tunggang langganglah kami suami isteri..hahaha..sekarang ni semua maklumat dihujung jari, nak tak nak jer menggugel..tak reti masak bubur pun boleh gugel..itulah magiknya internet..thank you google!!
Tapi sekarang ni, aku hadapi tantrum si alif pulak, lagi teruk dari abang kakaknya...tak boleh berenggang langsung..aku bangun jer, maka dia pun start kuatkan amplifier, yang sebenarnya dorang ni meragam bukannya apa pun, cuma nakkan perhatian..suka bila kita peluk dorang, duduk rapat dengan dorang, dorang nak kita ni reachable...sentuh kulit pun jadilah, sebab tu bila kita jauh dari dorang, dorang meragam..bila dorang dah start tantrum tu, selalunya orang yg paling rapat dengan dorang yang boleh tenteramkan dorang..peluk dan belai..

So para ibu dan bakal ibu, kalau baby asyik meragam tu, kena cek semualah..kalau basik 4 semua ok, bermaksud baby tu mungkin  nakkan perhatian..dia nak bermanja la tu..jangan stress okay..kalau stress cepat cari internet, cari info kat google..

Ok, semoga semuanya dipermudahkan...aminn..

Dari ahli bait, bahawa Nabi SAW berkata, "ketika Allah menyukai seorang hamba, Dia mengujinya. Bila sampai puncak kecintaanNya, Dia mengasingkannya." Dikatakan, " bagaimana Dia mengasingkan kekasihNya?" Rasulullah SAW berkata, "tidak diberi dia keluarga dan harta." Dalam khabar disebutkan, " jika kau lihat kefakiran datang, katakanlah " selamat datang hai bendera orang-orang soleh." Jika kau lihat kekayaan datang, katakanlah "dosa itu akan ditimpakan seksanya."

Telah berkata Nabi Musa As, "Ya Tuhan, siapakah kekasihMu dan makhlukMu sehingga aku dapat menyintai mereka kerana Engkau?" Allah berkata, " Setiap yang fakir." Al -Masih as berkata, "Aku suka kemiskinan dan benci kekayaan.," Hingga dia suka dipanggil, "Hai si miskin."

Ketika para pembesar dan orang-orang kaya bangsa Arab berkata kepada Nabi SAW, "Tentukan hari untuk kami dan hari untuk mereka. Hingga jika kami datang kepada engkau, mereka tidak datang dan jika mereka datang, kami tidak datang." Yang di maksudkan' mereka' adalah orang-orang fakir.  Seperti Bilal, salman, Shuhaib, Abi Dzar, Hubbab bin Arat, Ammar bin Yassar, Abu Hurairah dan Ashabus Suffah lainnya. Nabi mengkabulkan permintaan para pembesar itu. Kerana mereka kepada Nabi SAW, merasa bau orang-orang fakir itu tidak sedap. Diantara orang-orang kaya itu Aqra' ibnu Habis at-Tamimi, 'Uyainah bin Hashn al-Fazari, Abbas bin Mardas as-Silmi dan lainnya. Rasulullah SAW kabulkan permintaan mereka dan tidak mengumpulkan mereka dengan orang-orang fakir itu dalam satu majlis, kemudia turun satu ayat:

         "Sabarkanlah hatimu serta orang-orang yang menyembah Tuhannya pada pagi dan petang,
          sedang  mereka mengkehendaki keredhaan Allah dan janganlah kau palingkan pandanganmu  
           daripada mereka (orang-orang fakir) kerana mengkehendaki perhiasan hidup di dunia.
          Janganlah kau turuti orang yang telah Kami lalaikan hatinya dari mengingati Kami
          (orang-orang kaya)."

          "...katakanlah; kebenaran itu daripada Tuhanmu. Barangsiapa yang mahu hendaklah beriman
          dan barangsiapa yang tidak mahu hendaklah ingkar."

                                                                                                     (Q.S Al Kahf: 28-29)       

Pernah  suatu hari Ibnu Ummi Maktum memohon hendak masuk berjumpa Nabi SAW. Disisi Nabi SAW ada orang terhormat, maka Nabi SAW merasa tidak enak, kemudian turunlah ayat ini:

         "Dia (Muhamad) mengerutkan muka 9masam mukanya) dan berpaling. Kerana datang
          kepadanya seorang buta (Ibnu Ummu Maktum). Tahukah engkau barangkali dia akan cari
          kesucian. Atau akan menerima peringatan. Adapun orang kaya itu (Orang Quraisy yang
          terhormat itu), maka engkau menghadapnya."

                                                                                                    (Q.S Abasa: 1-6)          
Nabi SAW bersabda:
         "Banyak-banyaklah mengenal orang-orang fakir. Berikan sesuatu kepada mereka.  
           sesungguhnya mereka punya kekuasaan." Mereka berkata,"Apakah kekuasaan mereka itu?"  
          Rasulullah SAW berkata, "Pada hari kiamat dikatakan kepada mereka: lihatlah orang yang  
          memberimu makan sekadar sedikit atau minum sekadar seteguk atau pakaian sekadar sehelai,
           peganglah tangannya dan bawalah ia ke Syurga!"

Nabi SAW bersabda:
         "Aku masuk ke Syurga. Kudengar gerakan di depanku. Kulihat, ternyata Bilal. diatasnya  
          umatku yang fakir-fakir dan anak-anaknya dan di bawahnya orang-orang kaya dan sedikit
          wanita. Aku berkata, "Ya Tuhan, bagaimana keadaan mereka?" Allah berkata, "Adapun
          wanita-wanita, mereka mabuk emas dan sutera, sedangkan orang-orang kaya itu akan dihisab.
        " Aku tidak melihat Abdur Rahman bin Auf. namun sebentar kemudian dia datang sambil
         menangis. kutanya, "mengapa engkau tertinggal dariku?" Dia berkata, "Ya RasulullahSAW,
         aku mengalamai beberapa kesulitan. Kukira aku tidak akan melihat engkau." Rasulullah SAW
         bertanya, "mengapa?' Dia berkata "Aku dihisab kerana hartaku."


bersambung...

aku nak sambung perkongsian buku Penenang Jiwa yang aku baca ni..antaranya:
Nabi SAW bersabda:

       "sebaik-baik umat ini adalah fuqaranya dan paling cepat masuk ke Syurga adalah kaum yang lemah."

Nabi SAW bersabda:

       "Kupunya dua kecenderungan. siapa menyukainya, bererti menyukaiku dan siapa membencinya,
         bererti membenciku, iaitu kefakiran dan perjuangan.

Dirawikan bahawa Jibril as datang kepada Nabi SAW sambil berkata "ya Muhamad, Allah membacakan salam untuklmu dan berkata, "sukakah kau jika gunung ini Ku-jadikan emas dan bersamamu dimana pun kau berada?" Rasulullah terdiam sejenak lalu berkata, "Hai Jibril, dunia ini rumah orang yang tidak punya rumah, harta orang yang tidak punya harta dan yang mengumpulkannya hanyalah orang yang tidak berakal." Kemudian Jibril berkata,.:Hai Muhamad, semoga Allah menetapkan ucapanmu."

Dirawikan bahawa Nabi Isa berjumpa dengan orang yang sedang tidur lena dalam selimutnya. segera dia,  membangunkannya seraya berkata, "Hai orang yang tidur, bangunlah dan ingatlah kepada Allah." orang itu berkata, "Apa yang kau kehendaki dariku. Aku sedang meninggalkan dunia untuk ahlinya." Lalu Nabi Isa berkata, "Jika demikian tidurlah engkau wahai kekasihku." Pernah juga Nabi Musa melhat lelaki yang tengah tdur di atas tanah, berbantal batu bata namun muka dan janggutnya penuh debu. Nabi Musa  berkata, "Ya Tuhanku, hambamu ini tersia-sia di dunia." Kemudian Allah memberinya wahyu: "Hai Musa, tidakkah kau tahu jika Aku memandangi seorang hamba, ku-Halangi dia dari dunia seluruhnya."

Nabi SAW bersabda:

         "Kefakiran lebih indah menghiasi orang mukmin daripada tanda yang disimpulkan di ubun-ubun kuda."

Juga Nabi SAW pernah bersabda:

         "Jika salah seorang kamu diwaktu pagi sihat dan senang hati ada makanan pula di hari itu, maka seperti dunia seisinyamdiberikan kepadanya."

Telah berkata Kaab al-Akhbar: Allah SWTnberkata kepada Musa, "Hai Musa, jika kau rasa kau akan fakir, katakanlah, Selamat datang wahai bendera orang soleh.' Atha' al-Khurasan berkata, "suatu ketika Nabi SAW melihat seorang lelaki berada di tepi laut sedang melempar jalanya sambil membaca 'Bismillah', namun ketika ditarik jalanya itu tidak berisikan apa-apa. Lelaki itu lemparkan jala sambil membaca 'Bismiys Syaitan", malah ketika ditarik, banyak sekali ikan yang ada di dalamnya. Kemudian Nabi SAW bersabda:

        " Ya Tuhan mengapakah terjadi sedemikian? Aku tahu semua itu adalah kekuasaanMu". Allah lalu berkata kepada Malaikat, "Bukakan untuk hamba-Mu tempat keduannya". setelah Nabi SAW melihat kemuliaan yang dijanjikan untuk lelaki yang pertama dan kehinaan untuk lelaki yang kedua, maka nabi SAW berkata "Ya Tuhan, aku telah rela".

Nabi SAW bersabda:

         "Aku lihat di Syurga kebanyakkan penghuninya adalah orang-orang fakir dan aku lihat di Neraka kebanyakan penghuninya adalah orang kaya dan wanita".

Dan dalam suatu hadis lain:

       "Kulihat kebanyakan penghuni Neraka adalah wanita. Mengapakah terjadinya demikian?. Maka dikatakan, "Mereka mabukkan emas dan za'faran."

Telah bersabda Nabi saw:

       " Hadiah orang mukmin di dunia adalah kefakiran."

dan dalam khabar disebutkan, "Nabi yang terakhir masuk Syurga diantara nabi yang lain ialah Nabi Sulaiman bin Daud As kerana kemegahan kerajaannya dan sahabat yang terakhir masuk ke Syurga di antara sahabat yang lain adalah Abdur Rahman Bin Auf kerana kekayaannya." Dalam hadis disebutkan, "kulihat Abdur Rahman bin Auf masuk syurga dengan bersusah payah." Al-Masih mengatakan, "Orang kaya masuk syurga dalam keadaan susah."

Ok, nanti sambung lagi...ada sedara mara datang rumah...



Wednesday 27 February 2013

hari ni dah masuk hari ke-6 Dania tak berapa sihat. tapi berkeras jugak nak ke sekolah..Alhamdulillah, masih minat sekolah lagi..klu dia dah tak minat nak pegi sekolah tu adalah something wrong somewhere...dah siap-siap pakai baju, nak posing pulak..tak kalah posing!!! semalam bagi duit untuk belanja rehat, tak luak pun..siap bagi balik kat aku suruh simpan, bila tanya makan apa kat sekolah, makan roti katanya budak lelaki bagi..mmm..hajat hati nak tanya lebih tak jadi sbb baru tanya soalan siapa nama budak tu, terus marah sbb nak rehat katanya..ngantuk..ok!! ibu memahami...huhuhu..
Tapi bila dia batuk2 tu memang risau jugaklah aku...





Posing sebelum ke sekolah.."Dania ok jer"..

Tuesday 26 February 2013

Harini tgh aku sibuk goreng bihun kt dapur utk bekal dania, terdengar jer riuh rendah dlm bilik tu, suara alif nangis, suara eylham memekik...tah apa2 yg dibuat, sbb bg aku tu biasalah..hehehe..alah bisa tegal biasa. Siapa yg sukakan serenity bukan rumah akulah tempatnya..hahahaha..kadang-kadang aku nak berfikir pun susah...agak-agak baru dapat idea dah ghaib dek terkejut dengan suara budak-budak ni...

Ok, berbalik pada bihun yg di goreng tadi, ketenangan menggoreng pun terganggu sebab lain macam jer suara budak2 dalam bilik tu...aku pun pegilah cekidaut what happen, rupanya si abang tengah membaham lengan si adik, yang siadik pun tak boleh buat pa..pasrah gitu sambil menangis...so, ini dh kali kedua siabang menggiggit lengan siadik..lengan yang sama, tempat jer jauh sikit..dahlah bekas gigitan haritu tak hilang lagi...duhhhh!!!!!geram...kesian budak kecit tu...budak kecit tu memang super duper nakal..tu kes dia usik abang dia main games la tu...yang si kakak pulak senyap jer layan kepala lepas mkn ubat selsema..badan x sihatlah katakan....tapi bila siabang nangis lps kena sedas (tak kuat ok..gempak jer!!), boleh dia sambung "tulah....lain kali jgn gigit alif!! Ooohhhh...tak tidur rupanya!!!


Gigitan warning pertama..

Gigitan kedua..

Kesian..masa nak tidur tu usap-usap tangan..sakit la tu...kikiki..

Monday 25 February 2013

Subhanallah, Walhamdulillah, Walaila Ha'Ilallah..Allah hu Akbar...

Lama gila tak update...rasa tak buat apa, tp ada yg dibuat..sehari tak rasa masa, hinggalah bertukar minggu dan bulan...

Dalam tak update tu, aku adalah buat beberapa perkara memasak ni...nak cabar dirilah katakan...rupanya aku ni boleh jugaklah masak...klu dulu nk makan seri muka tu, main beli jer, laa ni rupanya boleh buat sendiri jaa...nnt aku upload cara-cara membuatnya..memang super simple semuanya..

Sebenarnya aku nk kongsi ttg satu buku yg aku baca...bagi aku ianya memang banyak mengubah aku, x taulah bagi orang lain..(aish...tgh ada idea nilah, alif nk bangun..kacau betullah!!!)..



Ok, br dpt sambung balik, berbalik pd buku tadi, biar aku pilih tajuk yg memang buat aku menggigil.."Amal, Mizan Dan Seksa Neraka".

Wahai orang yang tergila-gilakan dunia, tinggalkan memikirkan sesuatu yang hendak kau tinggalkan dan fikirkan yang bakal kau hadapi. Kau tahu kebanyakannya akan ke Neraka.
         "Tak ada seorang pun di antara kamu  melainkan mendatangi neraka,
           Demikian itu suatu kewajipan yang diputuskan oleh Tuhanmu. Kemudian
           Kami selamatkan orang-orang yang takwa dan kami biarkan orang-orang
           Aniaya dalam neraka dengan berlutut"     (Q.S Maryam: 71-72)..


Maknanya disini, kita semua akan keneraka dulu, kecuali para Nabi dan Sahabat yang telah dijanjikan tempat. Alangkah berbahagianya mereka..

Rasulullah SAW bersabda:
           "Seksa terkecil bagi ahli neraka di hari kiamat ialah selipar api neraka
             Yang apabila dipakai otak akan mendidih disebabkan panasnya
              Selipar itu"..

Marilah kita sama2 mencari redhaNya..

Insyaallah, dipost2 yang lain aku akan postkan lagi apa yg boleh kita kongsi bersama...kiranya akupun nak berdakwah jugak..hehehe...bukankah itu tugasan kita sebagai khalifah di muka bumi yang fana ini...



Serius, inilah benda merepek membuang masa yg aku tgk mlm ni..opening masih ok dgn perfomance misha omar, msk ziana zain, "dah...knp drg ni nyanyi mcm nk melekat kt dinding jer?..pas tu faizal, agak minat jgk dgn dia ni, tp mlm ni agak mengecewakan..lagu yg dia bwk pun x pnh dengar..sbb mmg dh lama x layan hiburan tanah air ...

Lepas2 tu..aku dh hilang fokus..AJL x mampu nk mengikat aku terpaku, mcm layan chanel food network, atau Betv..

Agak buang masa jgk sbb sebenarnya mlm ni ada kerja nak buat, tp tangguh utk besok (padan muka! Sbb suka tangguh kerja..), lepas tu logo sekolah tak jahit lagi kt tudung Dania, byk form x isi lagi, baju utk stok seminggu pun x iron lagi...yada..yada..yada..

Yang sebenarnya aku pun heran, knp kerja rumah ni x pandai habis!!!

Popular Posts

Recent Posts

Text Widget