Sunday 3 March 2013

Cuba fikirkan, padahal Abdur Rahman Auf itu sahabat yang telah dijamin Rasulullah SAW akan masuk Syurga.

Suatu hariRasulullah menemui seorang lelaki fakir. Rasulullah melihatnya tidak memiliki sesuatupun. Rasulullah berkata "kalau nur orang ini dibahagikan kepada ahli bumi, tentu akan dapat menyinari mereka". Rasulullah SAW bersabda, "inginkah kukhabarkan tentang raja ahli Syurga?" Mereka menjawab, "ya". Rasulullah SAW berkata, "ialah setiap orang yang lemah, melarat dan tidak memiliki apa-apa".

Imran bin Husain berkata, "aku punya tempat dan kedudukan di sisi Rasulullah SAW. Rasulullah berkata "hai Imran, kau punya kedudukan dan tempat di hadapanku, pernahkah engkau meziarahi Fatimah binti Rasulullah?". Imran menjawab, "benar ya Rasulullah,". Rasulullah lalu berdiri dan aku berdiri bersamanya hingga sampai ke rumah Fatimah. Dia mengetuk pintu dan mengucapkan "Assalamualaikum, bolehkah aku masuk?" Fatimah menyahut, "silakan masuk, ya Rasulullah". Rasulullah berkata, "aku membawa seorang teman. Fatimah bertanya, "siapa dia ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Imran". Fatimah berkata, "ini tubuhku telah kututupi, bagaiman dengan kepalaku?" Kemudian Rasulullah memberinya sedikit kain sambil berkata, "ikatkan ini kepada kepalamu".

Lalu Fatimah mengizinkannya masuk, Rasulullah SAW pun masuk sambil mengucapkan, "Assalamualaikum, bagaimana keadaanmu wahai puteriku?" Fatimah menyahut, " Demi Allah, aku lapar dan agak sakit. Aku tidak boleh makan hingga laparnya sedemikian rupa." Rasulullah lalu menangis dan berkata, "jangan sedih puteriku. Demi Allah aku tidak makan sejak tiga hari. Aku lebih mulia dari kau. Jika kumohon pada Tuhanku, tentu Dia memberikan makanan. Tetapi aku memilih Akhirat daripada dunia." Lalu Nabi SAW memegangi bahu puterinya sambil berkata, "bergembiralah kau, Demi Allah, engkaulah junjungan wanita ahli syurga." Fatimah berkata "dimanakah Asiah isteri Firaun dan Maryam bin Imran?" Rasulullah menjawab, "Asiah junjungan wanita dizamannya. Maryam juga junjungan wanita pada alamnya. Dan kau junjungan wanita di alammu. Engkau semua akan berada ditempat yang kekal abadi di dalam kesenangan." Kemudian Rasulullah SAW berkata padanya, "terimalah engkau dengan anak pamanmu. Demi Allah aku kahwinkan engkau dengan junjungan di dunia dan junjungan di Akhirat."

Dirawikan dari Ali ra bahawa Rasulullah SAW bersabda:

           "Jika manusia telah membenci orang-orang fakir dan berseronok dengan dunia serta  memburunya  untuk mengumpulkan wang, maka Allah
             Akan memanah mereka dengan 4 hal, masa yang di mana krisis ekonomi, penguasa zalim, pemegang hukum khianat dan tipu daya dari para
             Musuh."

Telah berkata Abu Darda' Umar ra memberi Saad bin Amir seribu dinar. Said datang dalam keadaan bersedih. Isterinya bertanya "apakah yang menyebabkan kamu bersedih? Ceritakanlah padaku, barangkali aku dapat membantu meringankannya." Lalu Said berdiri, solat dan menangis sampai pagi. Dia lalu berkata "aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

            " orang-orang fakir umatku masuk Syurga sebelum orang-orang kaya terpaut 500 tahun sehingga seorang lelaki masuk ketempat penuh sesak
               Diseret lagi tangannya dan dikeluarkan".

Dikatakan, seorang fakir datang ke Majlis ats-Tsauri. Dia berkata padanya, "telah ditulis, jika kau kaya tidak akan aku mendekatimu." Para sahabat suka memanggilnya fuqara kerana kesukaannya menekati orang-orang fakir dan menjauhi orang -orang kaya." Al-Mu'ammal berkata, "tidak kulihat orang kaya yang lebih hina daripadanya di Majlis Ats-Tsauri dan tidak kulihat orang fakir yang lebih mulia daripadanya dalam Majlis ats-Tsauri.

Telah berkata setengan hukama, "orang miskin jika dia takut kepada Neraka sebagaimana ia takut kepada kefakiran, ia tentu selamat dari keduanya. Kalau ia suka Syurga, akan halnya ia suka kaya, tentu ia akan beruntung mendapatkan keduanya. Jika ia takut kepada Allah dalam hatinya seperti ia takut kepada manusia tentu ia bahagia dunia akhirat."

Telah berkata Ibnu Abbas ra, "dilaknati orang yang memuliakan si kaya dan menghinakan si miskin." Telah berkata Luqman kepada puteranya "jangan kamu hina seseorang kerana pakaiannya sebab Tuhannya dan Tuhanmu adalah satu." Juga Yahya bin Muaz berkata, " kecintaanmu kepada fuqara, termasuk akhlak para Rasul dan kesukaanmu kepada majlis mereka itu petanda orang-orang soleh. Namun larimu dari mereka, jelas itu tanda orang-orang munafik.

Dari kitab-kitab terdahulu dituliskan: Bahawa Allah me berikan wahyu kepada salah seorang nabi-Nya

            " Takutlah jika Aku membencimu, hingga kau jatuh dari pandanganKu dan Aku limpahkan dunia kepadamu."

Aisyah pada suatu hari pernah mambahagikan wang seribu dinar dirham yang dikirimkan kepadanya oleh Muawiyah, Ibnu Amir dan lain-lainnya. Padahal pakaiannya sendiri bertampal. Sehingga seorang jariah berkata kepadanya, "kalau kubelikan untukmu daging satu dirham, kau akan membuatnya berbuka." Dan ketika itu dia sedang berpuasa. Aisyah berkata, "jika kau peringatkan aku, tentu kuperbuat." Dan Rasulullah SAW telah berwasiat kepadanya:

          "Hendaklah engkau hidup sebagai orang-orang fakir, takutlah engkau menggauli orang-orang kaya dan janganlah engkau melepaskan bajumu sebelum    
            engkau menampalnya . Demikian ini jika ingin engkau berjumpa denganku."

Seorang lelaki datang kepada Ibrahim bin Adham membawa sepuluh ribi dirham. Ibrahim menolaknya. Lelaki itu bermuram. Lalu Ibrahim berkata "inginkah engkau agar aku menghapus namaku dari buku orang-orang yang fakir dengan sepuluh ribu dirham? Selamanya aku tidak akan berbuat demikian."

Rasulullah SAW bersabda:

          "Beruntunglah orang yang ditunjukkan kepadanya Islam.  Hidup sederhana dan ia menerima saja"

Rasulullah SAW bersabda:

          " Hai orang-orang fakir, berikan kepada Allah kerelaan hatimu akan kau dapatkan pahala kefakiranmu. Jika tidak maka tidak jua."

Mafhum sabda Rasulullah SAW ini bahawa orang fakir yang masih rakus, tidak mendapatkan pahala. Akan tetapi pada umumnya Hadis yang menerangkan ketamaan fakir, menunjukkan orang demikian itu tetap mendapat pahala. Mungkin yang dimaksudkan tidak adanya redha disitu  adalah ketidaksukaan terhadap perbuatan Allah menahan dunia darinya. Maka ketidaksukaan itulah yang menghapuskan pahala.

Dirawikan dari Umar bin Khatab dari Nabi SAW baginda bersabda,

          "Segala sesuatu punya kunci, dan kunci syurga adalah menyintai fakir miskin kerana kesabaran mereka. Merekalah para tamu pada hari Kiamat."

Dirawikan dari Ali ra dari Nabi SAW, baginda bersabda:

          " Hamba yang paling disukai Allah adalah orang fakir yang menerima akan rezekinya dan rela kepada Allah."

Rasulullah SAW bersabda:

          " Jadikanlah makanan keluarga Muhamad secukupnya saja."

Dan baginda bersabda;

         " Tidak ada orang kaya atau fakir, melainkan suka pada hari kiamat diberi makanan seperti di dunia."

Allah memberi wahyu kepada Nabi Ismail as, "carilah Aku ketika hati mereka berduka." Nabi Ismail bertanya, "siapa mereka itu?" Allah berkata " Dialah orang-orang fakir yang beriman. " Rasulullah SAW bersabda:

          "Pada hari Kiamat Allah berkata:Dimanakah orang-orang pilihanku? Malaikat bertanya, "siapa pilihanMu wahai Tuhan kami?, Allah berkata, " ialah orang-orang muslimyang fakir, menerima pemberianKu dan rela pada takdirKu. Masukkanlah mereka ke Syurga."

          "

Friday 1 March 2013

Baru jer lepas berwassap dengan member lama yang tangah berpantang anak ke2..pantang sendiri dan operate pulak..hmmm...teringat masa pantang baby2 ku dulu..
Ada orang yang berpantang, ada parents jaga, ada yang ambik maid, ada yang mengupah bidan yang harganya pun boleh tahanlah..sebulan gaji eksekutif yg dah lama kerja! Tapi semuanya terpulang pada kemampuan masing-masinglah..
Aku dulu berpantang sendiri..cuma ada mak mentua yang tolong sedikit untuk masak...nasib baiklah, walaupun kejap jer..masuk hari ke -4 rutin bermula seperti biasa..masak, basuh kain, kemas rumah..plus jaga anak...
Apa yang aku buat masa tu? Pertama sekali aku pastikan diri aku cukup sihat dan kuat..vjj kat bawah yang dah luka parah tu kena jaga..klu kat situ lambat sembuh memang diri kita sendiri akan lambat sihat...sebelum hari bersalin, aku memang dah stanby luxor gamat cream (tiub berwarna putih, harga dlm rm38 kut..dah lupa), aku stanby Nona Roguy post natal set aku dh lupa, nanti aku tempek gambar..yang ni untuk memudahkan proses lawasan air besar, so bila nak buang air tu takde masalah sembelit yang mana sembelit ni memang menyakitkan lagi-lagi lepas bersalin..seriau jer takut jahitan tetas!



So 2 jenis ubat ni banyak membantu di awal-awal proses berpantang..gamat untuk sapu supaya buasir yang terkeluar sikit (maklumlah meneran kuat sangat, plus kuat makan pedas!) Cepat kecut dan memudahkan untuk tolak bunga2 cinta tu masuk ke dalam, dan untuk disapu pada luka jahitan agar cepat kering. Luka jahitan tu basuh atau bilasan terakhir selepas cuci dgn air biasa, gunakan air garam yang suam-suam panas..jangan bimbang..tak pedih pun..garam seperti mana yang kita tau berfungsi untuk mengeluarkan cecair, so bila diaplikasikan sebagai air bilasan, jahitan tu akan cepat kering. Alhamdulillah, aku cuma pakai 2 benda ni, luka kering dalam hari ke -4 atau ke-5.
So, bila luka dah kering, kita bergerak pun agak mudah sikit daripada mula-mula tadi..tapi masih juga belum boleh untuk mengangkat benda berat, tapi apa sangatlah benda berat kat rumah tu kan..bukannya nak angkat tong gas, alih perabut segala!! Setakat angkat periuk nasik, cerek tu rasanya tak jejaskan rahim kat dalam yang masih fragile lagi..apapun buat kerja semua kena perlahan..kalau tak bergerak langsung, alamatnya laparlah satu keluarga..lagi-lagi masa pantang ni, perut memang cepat lapar..
Basuh kain, serahkan pada mesin..kalau takde mesin, sebelum nak bersalin tu, pantun 2-3 kerat dulu kat en.suami suruh beli satu..mesin basuh ni banyak membantu...kalau tak basuh kain, payah jugak..aku ni tak boleh tengok kain banyak..serabut..nikan pulak pakaian untuk 4-5 orang, bolehlah dibayangkan kalau sehari tak basuh, menimbunnya camane..kikiki..
Untuk makanan masa pantang, dulu aku standby Jacob jer, yang biskut bulat tu..sedap ooo cicah dengan milo..dengan laki aku sekali makan...itu untuk alas perut sebelum makan tengah hari atau malam..bangun pagi jer, asben aku akan tolong buatkan air milo, yang mana waktu tu aku rasa sedap sangat dapat minum milo, orang tua kata minum sikit jer, tapi ha aku belasah cawan milo hijau yang besar tu..
Masa pantang sorang-sorang ni, janganlah stress sangat nak rumah tu kemas macam hotel...agak-agak lantai tak basah cukup, kang ada yang tergrlincir kang..aku dulu, masa tu dania dengan eylham kecil lagi, so memang rumah tu huru hara lah..
Apa pun kenangan berpantang ni akan jadi satu momento yang manis dikenang bila anak-anak besar..sebenarnya kita ni kuat walaupun kita rasa kita tak boleh awal-awal tu..mental kena kental..jiwa kena kuat...sebab waktu-waktu ni perasaan tu teramat sensitif..suami takkan pernah faham...so pujuklah diri sendiri, cari hiburan sendiri..selalu berhubung dengan kawan-kawan..gamak takde kawan yang dekat macam aku, layanlah astro tu sampai lebam..
So, pada shud, selamat berpantang yer...boring jer, wassup ler..

Popular Posts

Recent Posts

Text Widget