Thursday 28 February 2013

aku nak sambung perkongsian buku Penenang Jiwa yang aku baca ni..antaranya:
Nabi SAW bersabda:

       "sebaik-baik umat ini adalah fuqaranya dan paling cepat masuk ke Syurga adalah kaum yang lemah."

Nabi SAW bersabda:

       "Kupunya dua kecenderungan. siapa menyukainya, bererti menyukaiku dan siapa membencinya,
         bererti membenciku, iaitu kefakiran dan perjuangan.

Dirawikan bahawa Jibril as datang kepada Nabi SAW sambil berkata "ya Muhamad, Allah membacakan salam untuklmu dan berkata, "sukakah kau jika gunung ini Ku-jadikan emas dan bersamamu dimana pun kau berada?" Rasulullah terdiam sejenak lalu berkata, "Hai Jibril, dunia ini rumah orang yang tidak punya rumah, harta orang yang tidak punya harta dan yang mengumpulkannya hanyalah orang yang tidak berakal." Kemudian Jibril berkata,.:Hai Muhamad, semoga Allah menetapkan ucapanmu."

Dirawikan bahawa Nabi Isa berjumpa dengan orang yang sedang tidur lena dalam selimutnya. segera dia,  membangunkannya seraya berkata, "Hai orang yang tidur, bangunlah dan ingatlah kepada Allah." orang itu berkata, "Apa yang kau kehendaki dariku. Aku sedang meninggalkan dunia untuk ahlinya." Lalu Nabi Isa berkata, "Jika demikian tidurlah engkau wahai kekasihku." Pernah juga Nabi Musa melhat lelaki yang tengah tdur di atas tanah, berbantal batu bata namun muka dan janggutnya penuh debu. Nabi Musa  berkata, "Ya Tuhanku, hambamu ini tersia-sia di dunia." Kemudian Allah memberinya wahyu: "Hai Musa, tidakkah kau tahu jika Aku memandangi seorang hamba, ku-Halangi dia dari dunia seluruhnya."

Nabi SAW bersabda:

         "Kefakiran lebih indah menghiasi orang mukmin daripada tanda yang disimpulkan di ubun-ubun kuda."

Juga Nabi SAW pernah bersabda:

         "Jika salah seorang kamu diwaktu pagi sihat dan senang hati ada makanan pula di hari itu, maka seperti dunia seisinyamdiberikan kepadanya."

Telah berkata Kaab al-Akhbar: Allah SWTnberkata kepada Musa, "Hai Musa, jika kau rasa kau akan fakir, katakanlah, Selamat datang wahai bendera orang soleh.' Atha' al-Khurasan berkata, "suatu ketika Nabi SAW melihat seorang lelaki berada di tepi laut sedang melempar jalanya sambil membaca 'Bismillah', namun ketika ditarik jalanya itu tidak berisikan apa-apa. Lelaki itu lemparkan jala sambil membaca 'Bismiys Syaitan", malah ketika ditarik, banyak sekali ikan yang ada di dalamnya. Kemudian Nabi SAW bersabda:

        " Ya Tuhan mengapakah terjadi sedemikian? Aku tahu semua itu adalah kekuasaanMu". Allah lalu berkata kepada Malaikat, "Bukakan untuk hamba-Mu tempat keduannya". setelah Nabi SAW melihat kemuliaan yang dijanjikan untuk lelaki yang pertama dan kehinaan untuk lelaki yang kedua, maka nabi SAW berkata "Ya Tuhan, aku telah rela".

Nabi SAW bersabda:

         "Aku lihat di Syurga kebanyakkan penghuninya adalah orang-orang fakir dan aku lihat di Neraka kebanyakan penghuninya adalah orang kaya dan wanita".

Dan dalam suatu hadis lain:

       "Kulihat kebanyakan penghuni Neraka adalah wanita. Mengapakah terjadinya demikian?. Maka dikatakan, "Mereka mabukkan emas dan za'faran."

Telah bersabda Nabi saw:

       " Hadiah orang mukmin di dunia adalah kefakiran."

dan dalam khabar disebutkan, "Nabi yang terakhir masuk Syurga diantara nabi yang lain ialah Nabi Sulaiman bin Daud As kerana kemegahan kerajaannya dan sahabat yang terakhir masuk ke Syurga di antara sahabat yang lain adalah Abdur Rahman Bin Auf kerana kekayaannya." Dalam hadis disebutkan, "kulihat Abdur Rahman bin Auf masuk syurga dengan bersusah payah." Al-Masih mengatakan, "Orang kaya masuk syurga dalam keadaan susah."

Ok, nanti sambung lagi...ada sedara mara datang rumah...



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Text Widget