Wednesday 30 December 2015

Selamat pagi positif...

Harini awal pagi dah keluar rumah nak hantar eylham ke sekolah utk hari orientasi. Nampaknya semalam susah sangat nak masuk tido awal sbb dah biasa tido pkl 3-4 pagi..start smlm dah kena tido awal ..terkebil2 mata kawan nak pejam.keh..keh.

Dah sampai sekolah, ramai dah parents bersama2 anak2 ..semua menunggu dan menguruskan hal2 sekolah..ada yang nak beli buku ada yg baru nak daftar..hahaha..me ? Buku pun x beli lagi..

Sebelum masuk kelas, semua murid tahun 1 kena melalui ujian diagnostik, untuk guru mengenalpasti kemahiran murid membaca dan mengenal huruf, untuk menukar suasana pembelajaran tidak formal kepada pendidikan formal. Memang kerja guru tidak mudah..huhuhu..
Harap2 eylham lepaslah..hahaha

Sambil menunggu anak2  melalui ujian, kami parents didedahkan dengan ucapan guru2 dan wakil2 kementerian kesihatan..tapi nampaknya semua parents sibuk hal masing2..ada yg beli buku, ada yang mengepung anak2 kecil, ada yang mendengar dan ada yang update blog..macam Me..hehehe..

Okaylah..nak dengar apa cikgu2 ni cakap...manalah tahu ada benda baru...

SELAMAT TAHUN BARU 2016...

Oeh..esok dah start hari orientasi eylham utk darjah 1.,jadi petang tadi keluar jap jalan2 pegi sekolah (boleh dikategorikan jalan2 ker tu? Hehehe). Singgah sekolah untuk ambil list buku yg patut dibeli untuk sessi persekolahan 2016. Darjah 4 untuk dania, darjah 1 untuk eylham. Sambil2 tu tengok kedudukan kelas untuk dania. Happy dia bila dapat tau masuk 4 unggul. Katanya itu kategori kelas no1. Hahaha..apa2 jerlah...kalau bagus, maintainkan ..kalau merosot, perbaiki lagi...

Berbalik pada list buku..naik buntang jugak melihat senarainyer..hehehehe...di zaman ekonomi ni, semua pihak ingin menangguk di air yang keruh. Bagi ibu bapa yang kukuh kewangan mmg tiada masalah..tapi yang bergelut dengan situasi meruncing, banyak yg perlu di pertimbangkan. Termasuklah me...pemikiran kristis dan kreatif harus di aktivate kan..lol

Selesai singgah sekolah..aktiviti penting..potong rambut!!
Semua kepala rambut dah style beatles dah ni..mata pun x nampak..kenalah tebas sikit. Kusegak..kusegak...barulah segak!

Wednesday 18 February 2015

Alkisahnya pada rabu lalu, pihak TNB ada memberikan notis ttg gangguan elektrik di kawasan taman aku tinggal..kiranya lama jugakklah gangguan tu, start dari pkl 11am-4pm..seperti dalam notis..so akupun dah plan lah malam tu apa yg sepatutnya. Benda pertama yg penting sdh tentu cas segala hp dan tab utk kegunaan bila outing nanti...sbb aku dah plan klu karan takde mmg taklah nak duduk dlm rumah..panasss...

So esoknya, aku dah siapkan semua kerja rumah, masak, laundry..tepat pkl 12 drg dah tutup karan..akupun siap2 nak kluar..asben ajak ke The Mines..

Sesampai jek kt sana, eylham dah nampak dah apa dia nak...tak lain tak bukan, pretzel aunty Anne...dia ni memang suka makan roti..so, kamipun tunaikanlah..walaupun tak minat sangat...sbb pernah rasa yg kat Alamanda, kemain liat lagi..tapi bila oder kat sini, lain macam pulak rasa sedapnya tu..gebu, sedap..hurmmmm....apa lagi..oderkan yg special kat eylham dgn alif..cinnamon, aku dgn ayah dia makan pretzel stick ambik yg cinnamon dgn choclair stick..bolehlah tahan..tengok cara dia buat macam senang...ni yg macam nak beli oven ni...

Sebab drg dah excited sgt nak makan, gambar pun tak sempat nak ambik..hihihi...

Pada sesiapa yg sukakan roti2, bolehlah jadikan aunty anne ni alternative bila makan kat luar..kat kajang tak berapa pasti kat mana ada. Hari2 makan ayam pun jemu jugak kan...lain kali nak share pasal satu lagi kegemaran kami bila makan kat luar, iaitu texas chicken...

Hari nak hujan, nak angkat kain dulu.k.baiiii..

Saturday 10 January 2015

Salam uolls....

Jeng..jeng..esok sekolah dah nak mula..maka, akan berubah sedikit rutin yang sdh selesa dan serasi selama dua bulan kebelakangan ini..hehehe

Bangun awal, sedia bekal (agak bingung disitu nak masak apa), klu aku biasa bekalkan nasik goreng, sosej, nugget dan roti..itu jer kegemaran kakak diva..iron baju..(nak senang jena stendby  3 pasang uniform sekolah, dan 2 pasang baju sukan. Baju untuk kafa ada 2 pasang jer..nasib baik baju sekolah lama ada lagi..bolehlah memanjangkan jangka hayat berehat dari iron baju selama seminggu. Kak diva awal2 lagi dah tanya barang nak bisnes..hehehe..dia mmg biasa berbisnes dr darjah 1 lagi..mungkin dia dah ada regular customer...hahaha..

Dari segi financial pun memang akan berlaku kegawatan..ada 3 orang akan bersekolah tahun ni..so i'll do my math...

Sedikit kelebihan bila semua dah bersekolah...I will have my own time a lil bit..sejam dua cukuplah...sebelum aktif semula..so..this routine will continue  for the rest of 17 years..

Wednesday 7 January 2015

Hai sumer...

Haa...cuti sekolah berbaki lagi beberapa hari..ada 3 hari lagi kut..so ada plan nak pegi mana-mana tak? Last minute plan...pada yang masih tercari-cari maaanaaa  nak bawak anak pi ni????..ngeh..ngeh...apa kata bawak anak pergi main air kat Melaka Wonderland...anak mesti suka main air kan?apa ? tak suka?.....anak aku sukaa.....hehehe..

Ok, pada yg rasa nak ke sana, sini aku infokan sikit serba harga tiket, utk hri biasa selain cuti sekolah dan umum, utk dewasa berharga RM31.50,kanak-kanak RM24.75,  senior citizens /OKU RM18. Pada waktu cuti dan hujung minggu, tiket dewasa berharga RM36, kanak-kanak RM30.40, dan senior citizens/OKU RM18. Di dalam sana ada disediakan perkhidmatan sewa pelampung..untuk pelampung twin dalam RM20 termasuk deposit.

Review keseluruhan, pada aku okaylah..tapi pada sapa yag ada perangai Diva Kekwat sikit, tak suka jalan , cepat mengah, kaki suka nak melecet, this place is not for you..sebabbb...kat sini, nk pegi dari satu pool ke pool yg lain agak jauh dan berbukit..kalau kena waktu tu panas terik, memang maratap laaa.. sayang kulit oooo...mahal nak jaga!!!!

Pasal makan minum pulak, kalau dapat seludup masuk ok..sbb harga food kat dalam mmg stok vampire punya..

Pasal permainan dia, untuk yang extreme mcm vuvuzuela tu..hehehe..takdelah sampai cam vuvuzuela..setakat pusing2 jerit2 manja jer...akan dibuka pada waktu2 tertentu..kalau untuk kids ni..kolam dan slide untuk dorang memang besarlah jugak..dan kolam big wave dorang macam pantai uolls...kita boleh rilek dan santai sambil tengok anak2 main..anak aku mmg suka main air..tapi dorang tak pandai berenang..jadinya secara otomatik.bila rasa kolam tu dalam,dorang akan main kat tepi2 jer...

Ok..don't forget your shades and UV protection!!! Happy holiday uolls..!!

(kredit to google for the several pictures)

Tuesday 6 January 2015

Assalamualaikum uolls...

Macam mana hari ni? Happy?, sedih?, geram?, marah?, menyampah?, mood swing?...walau apa pun korang rasa..semoga kita sama2 kuat menghadapi ujian dan dugaan...tapi kalau peluru yang datang..kita lari yerk!..

Ok, hari ni aku nak drop jual barang, telekung kanak-kanak..item tak banyak pun..itupun lepas kemas2 store, jumpa barang ada dlm tong..so, pada siapa yg nak cari telekung budak, blh lah tengok2 dan pertimbangkan..material cotton beg telekung sangat cantik, mcm baldu dan pluffy sikit..warna pun ceria..boleh beli utk anak atau dihadiahkan...saiz pun terhad. Pada yg berminat boleh direct wassap aku 016-2773219.. kalau nak tanya lebih lanjut...

Sunday 4 January 2015

Assalamualaikum semua..
Aku nak jual kamera sony spt model diatas..kondisi tip top lagi..baru pakai dalam 2-3%...beli bulan 7/2014..kebanyakkan masa kamera tu bertapa atas almari. Nak jual sebab lebih banyak gunakan hp dari camera...:
Features
20.1-megapixel Exmor™ APS HD CMOS Sensor
High-resolution, High-contrast OLED Tru-Finder™
Lock-on Auto Focus
Auto Object Framing
Quick AF Full HD Movie
15-point AF System With 3 Cross Sensors
Boleh google untuk review model ni...
Item dijual pada harga RM2250 RM1800 full set dgn tripod, memory card16G, dan UV filter..blh nego lagi..but reasonable..if uolls berminat blh direct whatsapp aku 016-2773219 atau 013-6572536..

Saturday 3 January 2015

Tadi jalan-jalan kat google..terjumpa info ni..ini adalah pejabat syarikat SKYPE yang terletak di Palo Alto California. Pejabat ini mempunyai keluasan 54 000 kaki persegi dan menjadi tempat bekerja untuk 250 pekerja mereka.
Kalau ada pasangan anda bekerja di sini, sila make sure call dorang selepas habis waktu bekerja..kut-kut drg lupa nak balik..
Jom cuci mata..

Friday 2 January 2015

Salam uolls...
Hari ni Boss besar nak main futsal..tapi kasut tak ada, tempat dah set, player dah deal ..habih tu camno??? Nak beli memang la kena standby 100-200 rat jugak..tapi anak-anak dah nak sekolah..BR1M lambat lagi..kekeke...gurau jer..duit BR1M tu untuk sara hidup setahun, gila kau nak buat beli kasut...bersilat pengantin Najib!

Last-last setelah memerah otak nak cari, boss kata nak cek harga kasut 'Rojam'..seriously..itulah bunyi dia kut..cek kat mudah dlm Rm40...ish!!mahal lah..boss kata. Aku tak kata apa sebab masih cuba nak capture rupa kasut rojam tu! Tappi petang tadi siap2 jugaklah semua, nak ke Bangi katanya..kat Al-ikhsan...manatau ada kasut murah..bajet bawah RM50..Whattt?!!!..ada ker kasut murah macam tu kat Al-ikhsan??.ok..I follow..

Bila sampai kat Al-ikhsan..wowww...ramainya...bila masuk tengok, Perghh!!..memang ada kasut murah...dorang tengah buat sale super duper punya price..harga Asal RM 129 jadi RM29..RM199 jadi RM59..Wooohooo.. menang loteri cik kiah!!!! Bila tanya SA dia yg peramah dan rambut serupa Eylham tu..dia cakap sale sampai 4 Jan ni, yakni lusa selepas entry ini..apalagi uolls...sapa2 nak beli kasut sukan boleh memecut ke Al-Ikhsan Bangi kat kawasan baru tu..Bangi Gateway..berdekatan dengan PKNS..
Selepas tgk harga yg menjunam macam tu, boss pun payung semua utk anak-anak..kecuali untuk maknya tak dapat..hehehe..takpelah..mak mengalah dulu..Bagi anak-anak seronok berganti kasut..kasut mak banyak lagi tak pakai. So total semua harini..5 pasang kasut semuanya hanya RM200 ( dibundarkan kpd angka terhampir..kan kita ada belajar dulu..hehehe)

Uppss...luper..ada kasut tu Line 7, boleh pakai untuk kasut sekolah..cantik sangat cuma rm19 jer..sesuai utk budak sekolah..kat sini ada 3 tingkat..bawah sekali GF utk kids dan women, 1st Floor utk running and Basketball, 2nd floor utk lifestyle, 3rd floor untuk futsal and so..memang boss cuci mata rambang mata..usap dada tanya wallet!! Harga yg dorang display tu belum final lagi..sebab bila kitaorg tanya dorang scan harga lagi murah..weehaa..so!..apalagi..

Thursday 1 January 2015

Haaaaa....sapa tak pernah piknik? Mesti pernahkan....tak kiralah kat pantai ker..kat sungai ker, air terjun ker..tepi padang ker...janji bagi aku klu duk lepak ada makan2 sikit, santai2..chill, relaks..piknik ler tu...
Kalau situasi kita kat malaysia ni, itu adalah tempat yg menjadi pilihan pop la...klu kat oversea nun..kat negara yang pemandangannya cantik2 tu..lagi best kut..kat tepi gunung pun nampak cantik..kat tepi hutan pun nampak cantik..
Okeh, nak citer pasal pegi piknik ni..haritu la..masa cuti sekolah..plan nak bawak anak mandi laut..tapi aku ni tak suka mandi laut..takut, tak pandai berenang senang citer! So..rancangan dah di luluskan..waktu dah di tetapkan..aku pulak fikir nak  bawak apa nak makan2 kat PD ni..(aku menjangkakan mesti kawasan pantai tu cantik macam kat poskad!)..hehehe..lupakan..
okeh, dah ada menu simple..buat bihun goreng, sosej, telur rebus, air teh..hehehe..kesian menu aku kann...tapi..ada aku kessahh...
So kitaorg pun gerak dari kajang dlm lepas zohor gitu, sbb asben kata klu sampai awal sangat tak tau nk buat apa..ikut boss lah...sampai kat PD, mak aihh...ramainya manusia kat Teluk Kemang!..apa harini hari piknik seduniakah?..disebabkan meremutnya manusia kat situ, so kitaorg  decided  ke Blue Lagoon...atas sikit lagi...hmmm..kat sini pun blh tahan ramai, tapi taklah seramai kat Teluk Kemang..tapi bila tengok pantai..aduhaiiii saleha..!!..air tu boleh surut sesurut surutnya...macam dah sampai ke tengah laut dah..tu pun takat betis..kiranya sejauh mata memandang la..ececeh!! Nak kasi sembang tu kan..
Hmmm..dah sampai takkan nak balik...dah sapu2 sun block, bentang jelah alas tu..elok aku bentang jer..anak2 aku dah belari2 dah nak main pasir...as u wish kids...mainlah..ibu nak duduk rehat jer..walaupun panasnya time tu..silau!..
So, pada sesiapa nak piknik kat pantai, aku nk bagi tips..
1) sediakan alas/selimut/ tikar
2) bawak bekal untuk kunyah2..anak2 tak ingat makan dah..induknya nak makan..hahaha
3) baju ganti yang bersih/sabun/shampoo..ada toilet utk bersihkan badan cas rm1
4) bawak sun glases
5) jangan lupa bawak sun block..spf 30 pun dh kira oke..blh beli di farmasi, makin tinggi spf,.  makin mahal yaww!
6) jangan lupa bawak duit!! Yg ni tak bawak..semua tak jadi...hahaha
Dorang dah puas main pasir, badan pun dah gatal-gatal, so kitaorang pun gerak siap2 nak balik..berakhirnya haritu tanpa aku basah kena air laut..weeehaa!
Okey..happy picniking!!
haaa...nampak tak air dia surut sejauh mata memandang..
selfie japp..
mak pun tak nak tinggal main pasir...
taknak tanam badan..nak tanam kaki jer!!

Wooohaaaa....dah masuk tahun 2015, pejam celik pejam celik gedebuk gedebak...time is really rocketing..(aku belasah apa aku nk tulis..Don't bother)..semalam tido awal..tak celebrate pun..kalau diingat-ingatlah rasanya dah lebih sedekad tak celebrate any festival yg melibatkan  sambutan tahunan..apa-apa sambutan kecuali time ramadhan aku berpuasa, time raya aku raya..hahaha..lagi2 dah beranak pinak ni memang taklah nama nak heret anak2 ke tempat yg crowded dan panas tu..kalau dpt tgk bunga api dari korodor bilik dah kira sambut lah tu..hahaha

So tengahari ni, bukak peti ais takde stok ayam daging..yg ada cuma telur..hmmm..hmmmm..aku renung telur tu supaya bertukar menjadi lauk..tapi..still ....masih telur!! Setelah puas aksi renung merenung aku buat keputusan nak buat kari telur...masa aku kecik2 mak aku masak sedap jer..
So inilah hasilnya...masakan yg simple dimple..tapi sedap..

Bahan2 ;
Telur rebus ikut suka nak makan berapa biji
Bawang putih seulas
Bawang merah seulas
Halia sebesar ibu jari
Bunga lawang seulas
Kulit kayu manis sikit
Daun kari (jika ada,klu ada lagi wangi dan sedap)
Serbuk kari daging bancuh dgn air sedikit utk di jadikan pes.
Ubi kentang
Santan sikit

Semua bahan2 tu ejas2 lah berapa banyak..tak suka bawang banyak kurangkan..macam aku dan asben mmg perang nak makan bawang ni..so letak sikit sbg syarat kuali jer..bgitu jgk dgn serbuk kari..semuanya ikut budi bicara sendiri.

So tumis bawang merah, putih dan halia, bunga lawang dan kulit kayu manis dan daun kari, bila dah wangi masukkan pes serbuk kari..tumis hingga pecah minyak. Selepas tu masukkan ubi kentang dan sedikit air..biar kejap spy ubi empuk, bila ubi dah empuk, masukkan santan dan telur..perasakan dengan garam dan serbuk perisa, nak masam sikit letak asam jawa atau tomato. Aku ( letak tomato sebab nak habiskan stok)..biar kejap, bila rasa semua dah okay..padam api
Dan wallla!! Dah siap...

Selamat mencuba...eleh..aku tau korang mesti dah pandai masak kan...

Ni citer 3 hari lepas..hehehe..dah 3 hari baru nak citer..akibat dah bosan sangat dok umah terperap, anak-anak pun dah nampak keboringan depa tu..main pun dah tah aper-aper dah..habis semua getah ikat sayur kat dapo tu dorang tocang buat tali panjang2..gantung segala toys kat tangga..dah nampak macam bunuh diri dah anak patung tu..hahahaha..
Aku pulak..lepas habis segala laundry yang tertangguh 2-3 hari akibat hujan..terus ajak asben jenjalan..mula-mula tak tau nk pegi mana..last2 buat keputusan nak tengok wayang. Aku cek kat forum citer apa yg hot sekarang..baca review..and keputusannya nk tgk citer baru Night at Museum The Secret of Tomb..and kitaorg pilih Mid Valley..dah lama tak tawaf kat sana..last pegi pun bln 11 lepas..ok, harga tiket masa tu RM15 utk dewasa, RM8 utk kanak2..kitaorang ada 6 orang..3 munchkin minion, 3 dewasa (sek menengah jatuh status dewasa ker?hehehe)
Dah decide nk buat apa..sudahkan semua house chores..siapkan anak2..(ni yg leceh ni..bila nk jalan kena siapkan baju 4 orang dulu..diri sendiri tak mandi lagi..)..bila semua dah siap kemas, baru maknya berdandan..tak lama pun kejap jer..45 minit!..kejap kan..
Sampai kat Mid Val..dah beli tiket sumer, sementara nak tggu time..kitaorang pusing2 dulu..kat centre mall tu drg ada buat decoration christmast..mmg cantik dan besar..ramai sgt org bergambar kat bawah tu..kamipun taknak jgk ketinggalan nak menyebok..selit sana sini.nasib baik pegi ms weekdays..klu hujung minggu memang tak masuk lah kt MV ni..sesak Ya ampun kat dlm ni..tak sanggup nak bergesel bontot..hahaha..
Dah ambik 5-6 keping gambar kitaorg pun pusing2 jalan...pengalaman thn lepas yg tak buat kajian tarikh dan masa..kitaorg pegi MV ni masa nak Christmas,  punyalah ramai manusia..Ya Allah..mmg ms dah sampai tu tgk manusia beremut macam tu, terus tak de angin nak jenjalan..potong mood! Sampai jer..terus pegi parking balik..masuk keta..balik kajang...hahahaha..
Okaylah..bagi yang merancang nak outing..selamat berouting..keep your mood happy after and then..rancang masa, cek kalender..and happy outing!!!
.
haaa...nilah deco xmas dorang..bunga dia besar2 tau..nasib baik tak ramai orang..
erk..apasal kak diva senyum macam tu???
ok!! kita k-pop dulu..sarangheyo!!

Popular Posts

Recent Posts

Text Widget