Tuesday 25 December 2018

Assalamualaikum semua..semoga kita berada dalam rahmat dan redha Allah SWT. Pertama kali sejak 2016, saya buka balik blog ini, setelah 2 tahun berhenti  menulis dan sekadar menulis kecik-kecilan  untuk rujukan diri sendiri sahaja, hati begitu kuat untuk bermula semula. Dalam masa dua tahun, terlalu banyak perkara yang terjadi. Setiap dari kita melalaui ujian hidup, tidak akan terlepas. Cuma cara tindakan kita sahaja yang berbeza.. Salute untuk semua, kita adalah insan yang kuat (tanpa kita sedari).

Okeeyy..2018 dah berada dipenghujung, dan  kita akan memasauki tahun baru 2019. Macamana you guys punya persediaan? 2019 ni akak diva akan memasuki tingkatan 1, setelah bertarung dengan 6 tahun yang menyeronokkan di bangku sekolah rendah dah sampai masa masuk menegah pulak. Alhamdulillah kak diva dapat 6A untuk UPSR 2018, dan tahun 2019 ni akan menyambung berjuang mencari ilmu2 Allah di Sekolah Seri Puteri (SSP), semoga Allah permudahkan segalanya. Dalam rasa bersyukur  seorang anak berjaya dalam pendidikan awalnya, ada juga rasa libang libu dalam hati ni, iyelah, anak dara dah tinggal asrama, 1st time berjauhan untuk jangka masa yang lama, secara automatik otak jadi kreatif memikir dan menciptakan masalah-masalah yang belum terjadi. Inilah namanya overthinking. Bila dah jadi macam ni, terpaksa bertenang dan menyerahkan semuanya kepada Allah si pemilik hati. La haula wala quwata iilla billah. Kita tidak mampu berbuat apa-apa tanpa izin Allah, kita tidak mampu merancang tanpa izinNya, Dialah yang menentukan segalanya, baik yang baik  atau sebaliknya.

Bercerita tentang Sekolah Seri Puteri, saya tahu ia adalah antara boarding school  yng top notch di Malaysia ni. Rasa tak sabar pula menunggu bulan depan 8hb Jan 2019 untuk pendaftaran. Saya hendak explore tentang SSP, hendak jadikan ia modal dalam bahan penulisan saya akan datang. InsyaAllah, Sebelum ni dah pernah jejak sekali sewaktu kak Diva mengambil Ujian Kelayakan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) selepas UPSR baru-baru ini. Tidak saya sangka back to 2016 saya dan suami pernah pusing-pusing sekitar Cyberjaya melihat rumah-rumah yang ada di sana, merasakan suasana urban (padahal Kajang dengan cyberjaya tu bukannya jauh pun), melihat komuniti di sana seperti apa dan sebagainya, hinggalah kami lalu dihadapan Sekolah Seri Puteri. Kagum saya tengok sekolah yang cantik, berhadapan dengan tasik dan suasana jauh dari kehirukpikukan bandar. Memang amat sesuai untuk persekitaran pembelajaran anak-anak. Dan Saya pernah dengar Sekolah Seri Puteri adalah antara boarding school yang hebat prestasinya. Masa itu terdetik di dalam hati, mudah-mudahan anak saya akan berada di sini suatu hari nanti. Bermula dari hri itu saya sentiasa menggalakkan kak Diva supaya belajar lebih pandai lagi target masuk SBP dan pilih Seri Puteri. Dan kakak diva pun macam setuju. Alhamdulillah, Allah izinkan semuanya terjadi. So kiranya anak berjaya masuk SBP dengan sekolah pilihan ini adalah salah satu nikmat yang Allah berikan pada saya, Allah perkenankan doa-doa saya. Kalau saya tidak ada peluang menjejakkan kaki berkumpul bersama pelajar-pelajar SBP, biarlah anak pula yang merasakan. Hehehe..itulah dulu mak ayah suruh belajar betul-betul tak nak kannnnn...
 Bila anak dah nak masuk asrama, teringat pula kenangan 27 tahun lepas, jadi budak hostel memang best, sangat best. Kenangan mengusik jiwa giteww. Saya tinggal asrama sejak berumur 12 tahun, sehinggalah tamat STPM pada umur 18 tahun, bersambung pula di zaman university, 3 tahun memgeram dalam campus, So untuk menguruskan kak diva ni, bagi saya tidak ada masalah besar. Cuma zaman sekarang ni cabarannya lain macam sikit. Kita cerita di lain entrylah pasal itu.

Walaubagaimanapun, sekolah dimana-mana sama sahaja, untuk anak-anak semua ambil peluang belajar, manfaatkan usia muda untuk mencari ilmu-ilmu Allah. Banyak lagi yang perlu kamu lalui untuk hari-hari mendatang yang sedikitpun kita tidak ketahui apa nasib kita. Kerana kamu adalah pelapis pentadbir negara dan pejuang agama.

Baiklah..ketenangan saya mencurahkan idea terpotong sebab aliff datang dan buat kacau. Mulut berkicau tak berhenti, ada saja pertamyaan, kang tak layan kita pulak didramakan balik..kena bagi perhatian dulu. Jumpa di entry akan datang, InsyaAllah. Kat bawah adalah  gambar yang sempat  ambik masa UKSBP hari tu. 💕




Sunday 3 January 2016

Dengan rasminya sekolah dh start hari ni. Pkl 5.30 pagi dah kena bangun. Sebenarnya ramai lagi yg dah start bangun seawal 4 am kan....itulah lumrah mencari rezeki.

Dania dah bangun terus mandi. Agaknya terlalu ekcited nak jumpa member, dr smlm tzk boleh tidor. Masuk tido pkl 10.30, pkl 11 kejut tanya dah pukul berapa...ahakz..lps tu pkl 2 bangun lagi..kejut pkl 5 pun senang nak bangun..siap2, aunty bas kata nak ambik pkl 6.20..alih2 pkl 6 dah ada..kelam kabut kak diva!

Dengan breakfast x sempat bekal x sempat isi..huhuhuiii...nasib baik dah siap berbaju semua...cium tangan dan berlalu dengan bas..rupanya dah besar dia..hurmm...cepat sungguh masa berlalu. ...

Tengahhari ni eylham pulak..darjah 1...lepas tu alif...masih blum 5 tahun..hehehe..semuanya dah besar2...

Doa me biarlah mereka dilindungi Allah SWT walau dimana berada, dijauhkan dari manusia yang zalim, berjaya cemerlang dalam hidup dunia dan akhirat dan mendapat pasangan hidup yang berhati baik..aminn ya Rabb..

Siapa tak kenal The Loaf kan..Tun Mahathir sebagai owner dan mempunyai belasan cawangan, mostly area KL.
Harini, 1st time singgah sini abb asben ada appointment dgn client dari Brunei. Bruneians mmg suka area KL. Maka kami pun naiklah kudapencen dari kajang ke KL, nasib baik hari minggu, taklah jammed sangat ..hehehe..

Pilihan pastry dan roti2 mmg banyak, antara yg kami sempat rasa haritu roti yg ada tuna, yg ada maple syrup, yg ada inti custard, Bolognese, dan kek caramel marshmallow yg liat dan keras tu. Air pula ice blended mocha dan chocolate yg super sweet...

Niat hati nak lepak lama dalam tu, tapi tak boleh tahan, sebabnya konsep open air tak sesuai dengan diri me yang sukakan privacy dan aircond..huk huk..lagipun makan kat dalam tu macam tak puas...yelah, macam mana tak puas, tekak jawa ni tengahari compom punya cari nasik kuah lemak, ikan masin..ni pegi makan roti..hohoho...

Dah siap makan semua, me ajak anak dan k.ipar naik atas, pusing2 dalam sogo..biar asben jer entertaining his client..tak lama lepas tu, k.ipar ajak makan kat food court..kita orang melantak nasi ayam dan mee tarik..hahahaha...perut blender x cukup makan roti jek!

Lupa nk info, parking dr pukul 2pm hingga dekat 5pm total rm8!!..standarlah yawww...kl yawww!

Siapa suka makan ayam goreng??? Sila jelir lidah:-P
Mesti ramai yang suka makan kan...tak kiralah dewasa atau kanak...tekak ni macam dah puas dah makan KFC..rasanya start kenal texas chicken ni dlm hujung tahun 2014.hahaha..motif dah makan 2014, tahun 2016 baru nak review...hahaha

Kiranya ada 4 tempat yang kami selalu pegi klu nak makan texas ni, ioi city mall, kajang, klia 2 dan wangsa walk. Tapi dalam banyak 4  tempat tu, paling puas hati kat wangsa walk. Sbb?...sebab...sebab....ayam dia besaqqq...

Apa beza texas chicken ni vs KFC???..banyak bezanya...salah 1 mungkin dah muak dgn ayam kfc..terasa nak ubah selera walaupun subjek yang sama -ayam goreng!

Menu kat Texas Chiken ni banyak, favorite asben must order ialah Mexicana Wrap. Kakak dania pula suka Mexicana burger, alif dan eylham suka aiskrim cone cicah french fries dan mashed potato..mashed postato dan ice cream dia mmg SANGAT SEDAP...dan me suka ayam goreng dia spicy punya.  Mula2 dulu order mmg banyak ringgit jugak..maklumlah newbie.ahahkz!!..sekarang ni dah pandai order dah..dulu2 order boleh cecah rm70 jugak..skrg order menu sama cuma rm50++ sahaja..keh..keh..sbb kat dlm tu boleh refill air sebanyak nak minum...gamak nak  minum 1 tong tu, minumlah..

Ayam goreng dia mmg juicy dan spicy, not sangat spicy, moderate, crunchy dan yg penting setiap kali order mmg akan dapat ayam yang panas..bukan ayam sejuk gedik!. Setiap set order akan dapat cookies, yg bagi me kaki kukis, mmg sgt heaven..lembut manis dan softly. Nak kata roti bukan, nak kata muffin pun bukan sebab paduan manis dan masin yang seimbang.

Mexicana wrap dan burger dia mmg terbaik, campuran lembut, pedas sos mexicana ( tak tau nama apa, macam thousand island pun ada), tortilla chip, salad, tomatao mayonis memang tepat utk rasa yang mengenyangkan. Semua rasa ada..sbb tu asben da n kakak dania selalu repeat order.

Senang cerita, Texas Chiken adalah satu alternatif bagi peminat ayam goreng, selain kfc, mcd. Piihan mampu milik dan harga yang berpatutan jugak. Setakat ni texas chicken ada di ioi city mall, texas chicken kajang, wangsa walk, klia 2, tempat lain x tau, nak kena google..hehehe
Ok..nanti bila2 boleh cekidaut texas chicken berhampiran anda..

Wednesday 30 December 2015

Selamat pagi positif...

Harini awal pagi dah keluar rumah nak hantar eylham ke sekolah utk hari orientasi. Nampaknya semalam susah sangat nak masuk tido awal sbb dah biasa tido pkl 3-4 pagi..start smlm dah kena tido awal ..terkebil2 mata kawan nak pejam.keh..keh.

Dah sampai sekolah, ramai dah parents bersama2 anak2 ..semua menunggu dan menguruskan hal2 sekolah..ada yang nak beli buku ada yg baru nak daftar..hahaha..me ? Buku pun x beli lagi..

Sebelum masuk kelas, semua murid tahun 1 kena melalui ujian diagnostik, untuk guru mengenalpasti kemahiran murid membaca dan mengenal huruf, untuk menukar suasana pembelajaran tidak formal kepada pendidikan formal. Memang kerja guru tidak mudah..huhuhu..
Harap2 eylham lepaslah..hahaha

Sambil menunggu anak2  melalui ujian, kami parents didedahkan dengan ucapan guru2 dan wakil2 kementerian kesihatan..tapi nampaknya semua parents sibuk hal masing2..ada yg beli buku, ada yang mengepung anak2 kecil, ada yang mendengar dan ada yang update blog..macam Me..hehehe..

Okaylah..nak dengar apa cikgu2 ni cakap...manalah tahu ada benda baru...

SELAMAT TAHUN BARU 2016...

Oeh..esok dah start hari orientasi eylham utk darjah 1.,jadi petang tadi keluar jap jalan2 pegi sekolah (boleh dikategorikan jalan2 ker tu? Hehehe). Singgah sekolah untuk ambil list buku yg patut dibeli untuk sessi persekolahan 2016. Darjah 4 untuk dania, darjah 1 untuk eylham. Sambil2 tu tengok kedudukan kelas untuk dania. Happy dia bila dapat tau masuk 4 unggul. Katanya itu kategori kelas no1. Hahaha..apa2 jerlah...kalau bagus, maintainkan ..kalau merosot, perbaiki lagi...

Berbalik pada list buku..naik buntang jugak melihat senarainyer..hehehehe...di zaman ekonomi ni, semua pihak ingin menangguk di air yang keruh. Bagi ibu bapa yang kukuh kewangan mmg tiada masalah..tapi yang bergelut dengan situasi meruncing, banyak yg perlu di pertimbangkan. Termasuklah me...pemikiran kristis dan kreatif harus di aktivate kan..lol

Selesai singgah sekolah..aktiviti penting..potong rambut!!
Semua kepala rambut dah style beatles dah ni..mata pun x nampak..kenalah tebas sikit. Kusegak..kusegak...barulah segak!

Wednesday 18 February 2015

Alkisahnya pada rabu lalu, pihak TNB ada memberikan notis ttg gangguan elektrik di kawasan taman aku tinggal..kiranya lama jugakklah gangguan tu, start dari pkl 11am-4pm..seperti dalam notis..so akupun dah plan lah malam tu apa yg sepatutnya. Benda pertama yg penting sdh tentu cas segala hp dan tab utk kegunaan bila outing nanti...sbb aku dah plan klu karan takde mmg taklah nak duduk dlm rumah..panasss...

So esoknya, aku dah siapkan semua kerja rumah, masak, laundry..tepat pkl 12 drg dah tutup karan..akupun siap2 nak kluar..asben ajak ke The Mines..

Sesampai jek kt sana, eylham dah nampak dah apa dia nak...tak lain tak bukan, pretzel aunty Anne...dia ni memang suka makan roti..so, kamipun tunaikanlah..walaupun tak minat sangat...sbb pernah rasa yg kat Alamanda, kemain liat lagi..tapi bila oder kat sini, lain macam pulak rasa sedapnya tu..gebu, sedap..hurmmmm....apa lagi..oderkan yg special kat eylham dgn alif..cinnamon, aku dgn ayah dia makan pretzel stick ambik yg cinnamon dgn choclair stick..bolehlah tahan..tengok cara dia buat macam senang...ni yg macam nak beli oven ni...

Sebab drg dah excited sgt nak makan, gambar pun tak sempat nak ambik..hihihi...

Pada sesiapa yg sukakan roti2, bolehlah jadikan aunty anne ni alternative bila makan kat luar..kat kajang tak berapa pasti kat mana ada. Hari2 makan ayam pun jemu jugak kan...lain kali nak share pasal satu lagi kegemaran kami bila makan kat luar, iaitu texas chicken...

Hari nak hujan, nak angkat kain dulu.k.baiiii..

Popular Posts

Recent Posts

Text Widget