Wednesday 30 December 2015

Selamat pagi positif...

Harini awal pagi dah keluar rumah nak hantar eylham ke sekolah utk hari orientasi. Nampaknya semalam susah sangat nak masuk tido awal sbb dah biasa tido pkl 3-4 pagi..start smlm dah kena tido awal ..terkebil2 mata kawan nak pejam.keh..keh.

Dah sampai sekolah, ramai dah parents bersama2 anak2 ..semua menunggu dan menguruskan hal2 sekolah..ada yang nak beli buku ada yg baru nak daftar..hahaha..me ? Buku pun x beli lagi..

Sebelum masuk kelas, semua murid tahun 1 kena melalui ujian diagnostik, untuk guru mengenalpasti kemahiran murid membaca dan mengenal huruf, untuk menukar suasana pembelajaran tidak formal kepada pendidikan formal. Memang kerja guru tidak mudah..huhuhu..
Harap2 eylham lepaslah..hahaha

Sambil menunggu anak2  melalui ujian, kami parents didedahkan dengan ucapan guru2 dan wakil2 kementerian kesihatan..tapi nampaknya semua parents sibuk hal masing2..ada yg beli buku, ada yang mengepung anak2 kecil, ada yang mendengar dan ada yang update blog..macam Me..hehehe..

Okaylah..nak dengar apa cikgu2 ni cakap...manalah tahu ada benda baru...

SELAMAT TAHUN BARU 2016...

Oeh..esok dah start hari orientasi eylham utk darjah 1.,jadi petang tadi keluar jap jalan2 pegi sekolah (boleh dikategorikan jalan2 ker tu? Hehehe). Singgah sekolah untuk ambil list buku yg patut dibeli untuk sessi persekolahan 2016. Darjah 4 untuk dania, darjah 1 untuk eylham. Sambil2 tu tengok kedudukan kelas untuk dania. Happy dia bila dapat tau masuk 4 unggul. Katanya itu kategori kelas no1. Hahaha..apa2 jerlah...kalau bagus, maintainkan ..kalau merosot, perbaiki lagi...

Berbalik pada list buku..naik buntang jugak melihat senarainyer..hehehehe...di zaman ekonomi ni, semua pihak ingin menangguk di air yang keruh. Bagi ibu bapa yang kukuh kewangan mmg tiada masalah..tapi yang bergelut dengan situasi meruncing, banyak yg perlu di pertimbangkan. Termasuklah me...pemikiran kristis dan kreatif harus di aktivate kan..lol

Selesai singgah sekolah..aktiviti penting..potong rambut!!
Semua kepala rambut dah style beatles dah ni..mata pun x nampak..kenalah tebas sikit. Kusegak..kusegak...barulah segak!

Popular Posts

Recent Posts

Text Widget