Wooohaaaa....dah masuk tahun 2015, pejam celik pejam celik gedebuk gedebak...time is really rocketing..(aku belasah apa aku nk tulis..Don't bother)..semalam tido awal..tak celebrate pun..kalau diingat-ingatlah rasanya dah lebih sedekad tak celebrate any festival yg melibatkan sambutan tahunan..apa-apa sambutan kecuali time ramadhan aku berpuasa, time raya aku raya..hahaha..lagi2 dah beranak pinak ni memang taklah nama nak heret anak2 ke tempat yg crowded dan panas tu..kalau dpt tgk bunga api dari korodor bilik dah kira sambut lah tu..hahaha
So tengahari ni, bukak peti ais takde stok ayam daging..yg ada cuma telur..hmmm..hmmmm..aku renung telur tu supaya bertukar menjadi lauk..tapi..still ....masih telur!! Setelah puas aksi renung merenung aku buat keputusan nak buat kari telur...masa aku kecik2 mak aku masak sedap jer..
So inilah hasilnya...masakan yg simple dimple..tapi sedap..
Bahan2 ;
Telur rebus ikut suka nak makan berapa biji
Bawang putih seulas
Bawang merah seulas
Halia sebesar ibu jari
Bunga lawang seulas
Kulit kayu manis sikit
Daun kari (jika ada,klu ada lagi wangi dan sedap)
Serbuk kari daging bancuh dgn air sedikit utk di jadikan pes.
Ubi kentang
Santan sikit
Semua bahan2 tu ejas2 lah berapa banyak..tak suka bawang banyak kurangkan..macam aku dan asben mmg perang nak makan bawang ni..so letak sikit sbg syarat kuali jer..bgitu jgk dgn serbuk kari..semuanya ikut budi bicara sendiri.
So tumis bawang merah, putih dan halia, bunga lawang dan kulit kayu manis dan daun kari, bila dah wangi masukkan pes serbuk kari..tumis hingga pecah minyak. Selepas tu masukkan ubi kentang dan sedikit air..biar kejap spy ubi empuk, bila ubi dah empuk, masukkan santan dan telur..perasakan dengan garam dan serbuk perisa, nak masam sikit letak asam jawa atau tomato. Aku ( letak tomato sebab nak habiskan stok)..biar kejap, bila rasa semua dah okay..padam api
Dan wallla!! Dah siap...
Selamat mencuba...eleh..aku tau korang mesti dah pandai masak kan...
No comments:
Post a Comment