Assalamualaikum semua..semoga kita berada dalam rahmat dan redha Allah SWT. Pertama kali sejak 2016, saya buka balik blog ini, setelah 2 tahun berhenti menulis dan sekadar menulis kecik-kecilan untuk rujukan diri sendiri sahaja, hati begitu kuat untuk bermula semula. Dalam masa dua tahun, terlalu banyak perkara yang terjadi. Setiap dari kita melalaui ujian hidup, tidak akan terlepas. Cuma cara tindakan kita sahaja yang berbeza.. Salute untuk semua, kita adalah insan yang kuat (tanpa kita sedari).
Okeeyy..2018 dah berada dipenghujung, dan kita akan memasauki tahun baru 2019. Macamana you guys punya persediaan? 2019 ni akak diva akan memasuki tingkatan 1, setelah bertarung dengan 6 tahun yang menyeronokkan di bangku sekolah rendah dah sampai masa masuk menegah pulak. Alhamdulillah kak diva dapat 6A untuk UPSR 2018, dan tahun 2019 ni akan menyambung berjuang mencari ilmu2 Allah di Sekolah Seri Puteri (SSP), semoga Allah permudahkan segalanya. Dalam rasa bersyukur seorang anak berjaya dalam pendidikan awalnya, ada juga rasa libang libu dalam hati ni, iyelah, anak dara dah tinggal asrama, 1st time berjauhan untuk jangka masa yang lama, secara automatik otak jadi kreatif memikir dan menciptakan masalah-masalah yang belum terjadi. Inilah namanya overthinking. Bila dah jadi macam ni, terpaksa bertenang dan menyerahkan semuanya kepada Allah si pemilik hati. La haula wala quwata iilla billah. Kita tidak mampu berbuat apa-apa tanpa izin Allah, kita tidak mampu merancang tanpa izinNya, Dialah yang menentukan segalanya, baik yang baik atau sebaliknya.
Bercerita tentang Sekolah Seri Puteri, saya tahu ia adalah antara boarding school yng top notch di Malaysia ni. Rasa tak sabar pula menunggu bulan depan 8hb Jan 2019 untuk pendaftaran. Saya hendak explore tentang SSP, hendak jadikan ia modal dalam bahan penulisan saya akan datang. InsyaAllah, Sebelum ni dah pernah jejak sekali sewaktu kak Diva mengambil Ujian Kelayakan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) selepas UPSR baru-baru ini. Tidak saya sangka back to 2016 saya dan suami pernah pusing-pusing sekitar Cyberjaya melihat rumah-rumah yang ada di sana, merasakan suasana urban (padahal Kajang dengan cyberjaya tu bukannya jauh pun), melihat komuniti di sana seperti apa dan sebagainya, hinggalah kami lalu dihadapan Sekolah Seri Puteri. Kagum saya tengok sekolah yang cantik, berhadapan dengan tasik dan suasana jauh dari kehirukpikukan bandar. Memang amat sesuai untuk persekitaran pembelajaran anak-anak. Dan Saya pernah dengar Sekolah Seri Puteri adalah antara boarding school yang hebat prestasinya. Masa itu terdetik di dalam hati, mudah-mudahan anak saya akan berada di sini suatu hari nanti. Bermula dari hri itu saya sentiasa menggalakkan kak Diva supaya belajar lebih pandai lagi target masuk SBP dan pilih Seri Puteri. Dan kakak diva pun macam setuju. Alhamdulillah, Allah izinkan semuanya terjadi. So kiranya anak berjaya masuk SBP dengan sekolah pilihan ini adalah salah satu nikmat yang Allah berikan pada saya, Allah perkenankan doa-doa saya. Kalau saya tidak ada peluang menjejakkan kaki berkumpul bersama pelajar-pelajar SBP, biarlah anak pula yang merasakan. Hehehe..itulah dulu mak ayah suruh belajar betul-betul tak nak kannnnn...
Bila anak dah nak masuk asrama, teringat pula kenangan 27 tahun lepas, jadi budak hostel memang best, sangat best. Kenangan mengusik jiwa giteww. Saya tinggal asrama sejak berumur 12 tahun, sehinggalah tamat STPM pada umur 18 tahun, bersambung pula di zaman university, 3 tahun memgeram dalam campus, So untuk menguruskan kak diva ni, bagi saya tidak ada masalah besar. Cuma zaman sekarang ni cabarannya lain macam sikit. Kita cerita di lain entrylah pasal itu.
Walaubagaimanapun, sekolah dimana-mana sama sahaja, untuk anak-anak semua ambil peluang belajar, manfaatkan usia muda untuk mencari ilmu-ilmu Allah. Banyak lagi yang perlu kamu lalui untuk hari-hari mendatang yang sedikitpun kita tidak ketahui apa nasib kita. Kerana kamu adalah pelapis pentadbir negara dan pejuang agama.
Baiklah..ketenangan saya mencurahkan idea terpotong sebab aliff datang dan buat kacau. Mulut berkicau tak berhenti, ada saja pertamyaan, kang tak layan kita pulak didramakan balik..kena bagi perhatian dulu. Jumpa di entry akan datang, InsyaAllah. Kat bawah adalah gambar yang sempat ambik masa UKSBP hari tu. 💕
seseorang yang sukakan benda-benda simple seperti kejujuran dan seorang yang mudah jatuh cinta pada kebaikan.
Tuesday, 25 December 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)
HUMAN NEED TO BE HEARD
“Loneliness does not come from having no people around, but from being unable to communicate the things that seem important to ...
-
Haritu aku sakit leher..mungkin akibat salah bantal semasa tidur, atau stress atau apapun sebabnya, tapi memang sakit...dah sapu dengan miny...
-
Hai sumer... Haa...cuti sekolah berbaki lagi beberapa hari..ada 3 hari lagi kut..so ada plan nak pegi mana-mana tak? Last minute plan...pad...
-
Siapa suka makan ayam goreng??? Sila jelir lidah:-P Mesti ramai yang suka makan kan...tak kiralah dewasa atau kanak...tekak ni macam dah pu...