Saturday, 12 October 2024

HUMAN NEED TO BE HEARD

“Loneliness does not come from having no people around, 

but from being unable to communicate the things that seem important to oneself.”

– Carl Jung

Find people you connect with.

It's a human need to feel heard.

LUBUK BERTENANG

Disinilah adalah ruang untuk melepaskan lelah, meluahkan rasa, mencurahkan fikir melalui tinta atau keyboard handphone, mencari tenang, tempat memujuk diri  setelah bertarung dengan diri sendiri. Akhir2 ni pertarungan emosi dan konflik diri selalu terjadi, mungkin juga faktor usia mungkin juga ada  jawapan yang perlu dijelaskan  dalam existencial krisis. 

Jom, siapa nak kawan, kita lepak sambil layan buku dan minum kopi, Sambil2 tu jangan lupa segosip dua😂. Bookthreads

Thursday, 12 September 2024

KELIRU


Secawan kopi.. 

Bisa jadi pemudah bicara 

atau penunduk rasa yang terpendam. 

Hatikah yang terlalu banyak berkata 

atau akalkah yang

 mengawal suasana?


Ramai orang percaya kebahagiaan datang daripada perkara-perkara seperti kesihatan yang baik, keluarga yang harmoni, kerjaya yang bagus dan mencapai impian dihajati. 

Namun kebahagiaan juga boleh datang dalam keadaan yang sederhana. Contohnya menikmati kopi sambil membaca buku kegemaran tanpa gangguan dan menghargai ketenangan. 

TENTANG BUKU


Dua buah buku dia atas adalah sebuah cerita yang sama. Saya mengenal penulis ini dalam tahun 2022, maksud saya, saya mula membaca tulisan-tulisan beliau pada tahun tersebut. Masih segar dalam ingatan, peristiwa dan momento yang berlaku pada tahun tersebut apabila saya memandang buku ini.


Tahun ini, sept 2024 , saya ada membaca pautan naik penulis yang mengatakan bahawa buku itu ditulis ketika beliau berada dalam keadaan yang paling broken kerana pemergian ayah kesayangan beliau. Dan ironinya saya juga membeli dan membaca buku itu ketika saya berada dalam titik terendah dalam hidup saya kerana terkhianati dengan kepercayaan saya sendiri. 

Betullah, jiwa yang sensitif ini sentiasa ada sahaja peristiwa yang boleh dikaitkan atau menjalin kenangan dengan sesuatu benda yang berkaitan.  


Berbalik pada buku di atas, istimewanya buku Tentang Pergi yang berada di sebelah kiri adalah buku First Edition yang saya miliki, terasa istimewanya, kerana buku ini telah diulang cetak sebanyak enam kali sehingga Julai 2023 dan mungkin ada lagi cetakan yang seterusnya kerana ramai yang suka membaca tulisan En. Faiz. Dan buku yang satu lagi itu, saya beli dalam keadaan saya ghairah mengumpul koleksi trilogi Tentang, langsung saya terlupa yang saya sudah memiliki sebuah! 


Saya juga mempunyai impian untuk menjadi penulis sepertinya. Sederhana dan begitu comforting dalam menyampaikan idea-idea beliau. Saya selalu menyaksikan live beliau, mengambil pengajaran dan memberikan tumpuan penuh dengan apa yang dikatakan beliau, kerana apa yang disampaikan selalunya akan sampai kejiwa, tentang kisah-kisah dalam Al Quran, kisah-kisah Nabi, dan juga tentang isu self-actualization, self-acceptance, developmental psychology and motivation. Saya suka dengan idea yang disampaikan beliau, kerana tulisan beliau jugalah saya dapat katakan saya berjaya menyembuhkan luka yang ada kerana saya menganggap Kita semua adalah watak utama dalam naratif perjalanan untuk penyempurnaan kehidupan. Saya berdamai dengan takdir yang ditentukan. Saya meminta tenang, dan Allah bukakan jalan saya, bertemu dengan manusia yang mempunyai jiwa yang tenang dan menyebarkan kebaikan. Baiknya Allah.


Saya juga punya banyak lagi koleksi tulisan beliau, dan beberapa buah buku hasil daripada penerbitan beliau, nantilah akan saya rembeskan sedikit apa yang ditulis oleh anak buah dan rakan seperjuangan beliau. Corak tulisan dan terbitan karya-karya dari Tentang Kita semuanya sangat comforting dan healing.


Boleh saya katakan, sekarang jiwa saya akan resah jika tidak membaca buku, jiwa saya menjadi tenang asbab dengan buku dan dengan meluahkan menjadi sebuah catatan di blog ini. Saya tidak peduli tentang siapa yang singgah membaca blog saya, saya cuma mahu menulis dan meluahkan, biar ia menjadi satu kenangan ketika saya membacanya dua puluh tahun akan datang.


Elena Hamid 

Tuesday, 10 September 2024

SEMPIT

Sempit, terhimpit
Tidak pada fikiran yang tidak berhenti bermonolog..
Risau, sasau, galau.. 
Kau kau, aku aku, kita kita
Bersatulah fikiran dan rasa
Mencipta bahagia

Sunday, 11 August 2024

aku kebuntuan idea - writers block!


Sehari dua ni rasa kebuntuan idea untuk menulis, perancangan buku masih ada 17 bab yang memerluan pengulang bacaan sehingga puas hati. Kadang akupun tak berpuas hati dengan apa yang aku tulis, bagaimana dengan Penerbit? Ya Allah Ya Kahliq, bantu aku, berikan aku ilham untuk terus menulis. Kadang-kadang aku selalu berimpian yang aku punya ilham seperti usman awang, azizan ali dan segala sasterawan, dan segala penulis. Bagaimana mereka melihat dunia? Ya Allah pinjam aku kebijaksanaan itu.

ESCAPISM

Escapism.. Lama aku cari perkataan ni untuk memberi makna kepada apa yang aku buat. Tak pasti adakah dia mimpi lama yang muncul kembali, baca dan tulis, atau adakah dia sebagai jalan keluar untuk aku escape sebentar daripada memikirkan hal-hal di hadapan mata yang menyesakkan dada. Kadang-kadang letih rasa menanggung fikiran yang selalu overthinking, lalu dicurahkan segalanya di ruangan ini, iya.. Ianya banyak membantu.. Membantu mengurangkan bebanan fikiran. Kadang-kadang kita cuma memerlukan seseorang untuk mendegar sahaja, sudi berkongsi telinga. 

HUMAN NEED TO BE HEARD

“Loneliness does not come from having no people around,  but from being unable to communicate the things that seem important to ...