Thursday, 12 September 2024

TENTANG BUKU


Dua buah buku dia atas adalah sebuah cerita yang sama. Saya mengenal penulis ini dalam tahun 2022, maksud saya, saya mula membaca tulisan-tulisan beliau pada tahun tersebut. Masih segar dalam ingatan, peristiwa dan momento yang berlaku pada tahun tersebut apabila saya memandang buku ini.


Tahun ini, sept 2024 , saya ada membaca pautan naik penulis yang mengatakan bahawa buku itu ditulis ketika beliau berada dalam keadaan yang paling broken kerana pemergian ayah kesayangan beliau. Dan ironinya saya juga membeli dan membaca buku itu ketika saya berada dalam titik terendah dalam hidup saya kerana terkhianati dengan kepercayaan saya sendiri. 

Betullah, jiwa yang sensitif ini sentiasa ada sahaja peristiwa yang boleh dikaitkan atau menjalin kenangan dengan sesuatu benda yang berkaitan.  


Berbalik pada buku di atas, istimewanya buku Tentang Pergi yang berada di sebelah kiri adalah buku First Edition yang saya miliki, terasa istimewanya, kerana buku ini telah diulang cetak sebanyak enam kali sehingga Julai 2023 dan mungkin ada lagi cetakan yang seterusnya kerana ramai yang suka membaca tulisan En. Faiz. Dan buku yang satu lagi itu, saya beli dalam keadaan saya ghairah mengumpul koleksi trilogi Tentang, langsung saya terlupa yang saya sudah memiliki sebuah! 


Saya juga mempunyai impian untuk menjadi penulis sepertinya. Sederhana dan begitu comforting dalam menyampaikan idea-idea beliau. Saya selalu menyaksikan live beliau, mengambil pengajaran dan memberikan tumpuan penuh dengan apa yang dikatakan beliau, kerana apa yang disampaikan selalunya akan sampai kejiwa, tentang kisah-kisah dalam Al Quran, kisah-kisah Nabi, dan juga tentang isu self-actualization, self-acceptance, developmental psychology and motivation. Saya suka dengan idea yang disampaikan beliau, kerana tulisan beliau jugalah saya dapat katakan saya berjaya menyembuhkan luka yang ada kerana saya menganggap Kita semua adalah watak utama dalam naratif perjalanan untuk penyempurnaan kehidupan. Saya berdamai dengan takdir yang ditentukan. Saya meminta tenang, dan Allah bukakan jalan saya, bertemu dengan manusia yang mempunyai jiwa yang tenang dan menyebarkan kebaikan. Baiknya Allah.


Saya juga punya banyak lagi koleksi tulisan beliau, dan beberapa buah buku hasil daripada penerbitan beliau, nantilah akan saya rembeskan sedikit apa yang ditulis oleh anak buah dan rakan seperjuangan beliau. Corak tulisan dan terbitan karya-karya dari Tentang Kita semuanya sangat comforting dan healing.


Boleh saya katakan, sekarang jiwa saya akan resah jika tidak membaca buku, jiwa saya menjadi tenang asbab dengan buku dan dengan meluahkan menjadi sebuah catatan di blog ini. Saya tidak peduli tentang siapa yang singgah membaca blog saya, saya cuma mahu menulis dan meluahkan, biar ia menjadi satu kenangan ketika saya membacanya dua puluh tahun akan datang.


Elena Hamid 

No comments:

Post a Comment

HUMAN NEED TO BE HEARD

“Loneliness does not come from having no people around,  but from being unable to communicate the things that seem important to ...