seseorang yang sukakan benda-benda simple seperti kejujuran dan seorang yang mudah jatuh cinta pada kebaikan.
Wednesday, 24 April 2013
PRU 13
kalau tengok kat jalanraya pun dah boleh tengok perang bendera, tapi secara peribadinya, bagi aku ini belum banyak lagi( setakat pada tarikh post ini dibuat). aku nak tengok bendera, bunting, banner, poster tu Mega banyak..sampai bila lalu kat jalanraya waktu malam, lampu jalan tu nampak suram ja dek dilindungi oleh bendera-bendera parti..hahaha boleh gitu...parti mana banyak duit bolehlah menang perang kempen ni, parti yang cukup2 makan tu, simpan duit sikit utuk bayar gaji tukang tampal bendera..kat sini pun dah boleh tahu parti mana yang banyak dana nak bangunkan manifesto yang dicanang2kan..
kita tunggu dan lihat 5 mei 2013 ni, siapa yang berjaya menakluk Putrajaya...
Sunday, 3 March 2013
Keutamaan Fuqara: Bhg 3
Cuba fikirkan, padahal Abdur Rahman Auf itu sahabat yang telah dijamin Rasulullah SAW akan masuk Syurga.
Suatu hariRasulullah menemui seorang lelaki fakir. Rasulullah melihatnya tidak memiliki sesuatupun. Rasulullah berkata "kalau nur orang ini dibahagikan kepada ahli bumi, tentu akan dapat menyinari mereka". Rasulullah SAW bersabda, "inginkah kukhabarkan tentang raja ahli Syurga?" Mereka menjawab, "ya". Rasulullah SAW berkata, "ialah setiap orang yang lemah, melarat dan tidak memiliki apa-apa".
Imran bin Husain berkata, "aku punya tempat dan kedudukan di sisi Rasulullah SAW. Rasulullah berkata "hai Imran, kau punya kedudukan dan tempat di hadapanku, pernahkah engkau meziarahi Fatimah binti Rasulullah?". Imran menjawab, "benar ya Rasulullah,". Rasulullah lalu berdiri dan aku berdiri bersamanya hingga sampai ke rumah Fatimah. Dia mengetuk pintu dan mengucapkan "Assalamualaikum, bolehkah aku masuk?" Fatimah menyahut, "silakan masuk, ya Rasulullah". Rasulullah berkata, "aku membawa seorang teman. Fatimah bertanya, "siapa dia ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Imran". Fatimah berkata, "ini tubuhku telah kututupi, bagaiman dengan kepalaku?" Kemudian Rasulullah memberinya sedikit kain sambil berkata, "ikatkan ini kepada kepalamu".
Lalu Fatimah mengizinkannya masuk, Rasulullah SAW pun masuk sambil mengucapkan, "Assalamualaikum, bagaimana keadaanmu wahai puteriku?" Fatimah menyahut, " Demi Allah, aku lapar dan agak sakit. Aku tidak boleh makan hingga laparnya sedemikian rupa." Rasulullah lalu menangis dan berkata, "jangan sedih puteriku. Demi Allah aku tidak makan sejak tiga hari. Aku lebih mulia dari kau. Jika kumohon pada Tuhanku, tentu Dia memberikan makanan. Tetapi aku memilih Akhirat daripada dunia." Lalu Nabi SAW memegangi bahu puterinya sambil berkata, "bergembiralah kau, Demi Allah, engkaulah junjungan wanita ahli syurga." Fatimah berkata "dimanakah Asiah isteri Firaun dan Maryam bin Imran?" Rasulullah menjawab, "Asiah junjungan wanita dizamannya. Maryam juga junjungan wanita pada alamnya. Dan kau junjungan wanita di alammu. Engkau semua akan berada ditempat yang kekal abadi di dalam kesenangan." Kemudian Rasulullah SAW berkata padanya, "terimalah engkau dengan anak pamanmu. Demi Allah aku kahwinkan engkau dengan junjungan di dunia dan junjungan di Akhirat."
Dirawikan dari Ali ra bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Jika manusia telah membenci orang-orang fakir dan berseronok dengan dunia serta memburunya untuk mengumpulkan wang, maka Allah
Akan memanah mereka dengan 4 hal, masa yang di mana krisis ekonomi, penguasa zalim, pemegang hukum khianat dan tipu daya dari para
Musuh."
Telah berkata Abu Darda' Umar ra memberi Saad bin Amir seribu dinar. Said datang dalam keadaan bersedih. Isterinya bertanya "apakah yang menyebabkan kamu bersedih? Ceritakanlah padaku, barangkali aku dapat membantu meringankannya." Lalu Said berdiri, solat dan menangis sampai pagi. Dia lalu berkata "aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
" orang-orang fakir umatku masuk Syurga sebelum orang-orang kaya terpaut 500 tahun sehingga seorang lelaki masuk ketempat penuh sesak
Diseret lagi tangannya dan dikeluarkan".
Dikatakan, seorang fakir datang ke Majlis ats-Tsauri. Dia berkata padanya, "telah ditulis, jika kau kaya tidak akan aku mendekatimu." Para sahabat suka memanggilnya fuqara kerana kesukaannya menekati orang-orang fakir dan menjauhi orang -orang kaya." Al-Mu'ammal berkata, "tidak kulihat orang kaya yang lebih hina daripadanya di Majlis Ats-Tsauri dan tidak kulihat orang fakir yang lebih mulia daripadanya dalam Majlis ats-Tsauri.
Telah berkata setengan hukama, "orang miskin jika dia takut kepada Neraka sebagaimana ia takut kepada kefakiran, ia tentu selamat dari keduanya. Kalau ia suka Syurga, akan halnya ia suka kaya, tentu ia akan beruntung mendapatkan keduanya. Jika ia takut kepada Allah dalam hatinya seperti ia takut kepada manusia tentu ia bahagia dunia akhirat."
Telah berkata Ibnu Abbas ra, "dilaknati orang yang memuliakan si kaya dan menghinakan si miskin." Telah berkata Luqman kepada puteranya "jangan kamu hina seseorang kerana pakaiannya sebab Tuhannya dan Tuhanmu adalah satu." Juga Yahya bin Muaz berkata, " kecintaanmu kepada fuqara, termasuk akhlak para Rasul dan kesukaanmu kepada majlis mereka itu petanda orang-orang soleh. Namun larimu dari mereka, jelas itu tanda orang-orang munafik.
Dari kitab-kitab terdahulu dituliskan: Bahawa Allah me berikan wahyu kepada salah seorang nabi-Nya
" Takutlah jika Aku membencimu, hingga kau jatuh dari pandanganKu dan Aku limpahkan dunia kepadamu."
Aisyah pada suatu hari pernah mambahagikan wang seribu dinar dirham yang dikirimkan kepadanya oleh Muawiyah, Ibnu Amir dan lain-lainnya. Padahal pakaiannya sendiri bertampal. Sehingga seorang jariah berkata kepadanya, "kalau kubelikan untukmu daging satu dirham, kau akan membuatnya berbuka." Dan ketika itu dia sedang berpuasa. Aisyah berkata, "jika kau peringatkan aku, tentu kuperbuat." Dan Rasulullah SAW telah berwasiat kepadanya:
"Hendaklah engkau hidup sebagai orang-orang fakir, takutlah engkau menggauli orang-orang kaya dan janganlah engkau melepaskan bajumu sebelum
engkau menampalnya . Demikian ini jika ingin engkau berjumpa denganku."
Seorang lelaki datang kepada Ibrahim bin Adham membawa sepuluh ribi dirham. Ibrahim menolaknya. Lelaki itu bermuram. Lalu Ibrahim berkata "inginkah engkau agar aku menghapus namaku dari buku orang-orang yang fakir dengan sepuluh ribu dirham? Selamanya aku tidak akan berbuat demikian."
Rasulullah SAW bersabda:
"Beruntunglah orang yang ditunjukkan kepadanya Islam. Hidup sederhana dan ia menerima saja"
Rasulullah SAW bersabda:
" Hai orang-orang fakir, berikan kepada Allah kerelaan hatimu akan kau dapatkan pahala kefakiranmu. Jika tidak maka tidak jua."
Mafhum sabda Rasulullah SAW ini bahawa orang fakir yang masih rakus, tidak mendapatkan pahala. Akan tetapi pada umumnya Hadis yang menerangkan ketamaan fakir, menunjukkan orang demikian itu tetap mendapat pahala. Mungkin yang dimaksudkan tidak adanya redha disitu adalah ketidaksukaan terhadap perbuatan Allah menahan dunia darinya. Maka ketidaksukaan itulah yang menghapuskan pahala.
Dirawikan dari Umar bin Khatab dari Nabi SAW baginda bersabda,
"Segala sesuatu punya kunci, dan kunci syurga adalah menyintai fakir miskin kerana kesabaran mereka. Merekalah para tamu pada hari Kiamat."
Dirawikan dari Ali ra dari Nabi SAW, baginda bersabda:
" Hamba yang paling disukai Allah adalah orang fakir yang menerima akan rezekinya dan rela kepada Allah."
Rasulullah SAW bersabda:
" Jadikanlah makanan keluarga Muhamad secukupnya saja."
Dan baginda bersabda;
" Tidak ada orang kaya atau fakir, melainkan suka pada hari kiamat diberi makanan seperti di dunia."
Allah memberi wahyu kepada Nabi Ismail as, "carilah Aku ketika hati mereka berduka." Nabi Ismail bertanya, "siapa mereka itu?" Allah berkata " Dialah orang-orang fakir yang beriman. " Rasulullah SAW bersabda:
"Pada hari Kiamat Allah berkata:Dimanakah orang-orang pilihanku? Malaikat bertanya, "siapa pilihanMu wahai Tuhan kami?, Allah berkata, " ialah orang-orang muslimyang fakir, menerima pemberianKu dan rela pada takdirKu. Masukkanlah mereka ke Syurga."
"
Friday, 1 March 2013
Berpantang..
Thursday, 28 February 2013
Tantrum, buat tak tenteram..
Keutamaan Fuqara: bhg 2
Telah berkata Nabi Musa As, "Ya Tuhan, siapakah kekasihMu dan makhlukMu sehingga aku dapat menyintai mereka kerana Engkau?" Allah berkata, " Setiap yang fakir." Al -Masih as berkata, "Aku suka kemiskinan dan benci kekayaan.," Hingga dia suka dipanggil, "Hai si miskin."
Ketika para pembesar dan orang-orang kaya bangsa Arab berkata kepada Nabi SAW, "Tentukan hari untuk kami dan hari untuk mereka. Hingga jika kami datang kepada engkau, mereka tidak datang dan jika mereka datang, kami tidak datang." Yang di maksudkan' mereka' adalah orang-orang fakir. Seperti Bilal, salman, Shuhaib, Abi Dzar, Hubbab bin Arat, Ammar bin Yassar, Abu Hurairah dan Ashabus Suffah lainnya. Nabi mengkabulkan permintaan para pembesar itu. Kerana mereka kepada Nabi SAW, merasa bau orang-orang fakir itu tidak sedap. Diantara orang-orang kaya itu Aqra' ibnu Habis at-Tamimi, 'Uyainah bin Hashn al-Fazari, Abbas bin Mardas as-Silmi dan lainnya. Rasulullah SAW kabulkan permintaan mereka dan tidak mengumpulkan mereka dengan orang-orang fakir itu dalam satu majlis, kemudia turun satu ayat:
"Sabarkanlah hatimu serta orang-orang yang menyembah Tuhannya pada pagi dan petang,
sedang mereka mengkehendaki keredhaan Allah dan janganlah kau palingkan pandanganmu
daripada mereka (orang-orang fakir) kerana mengkehendaki perhiasan hidup di dunia.
Janganlah kau turuti orang yang telah Kami lalaikan hatinya dari mengingati Kami
(orang-orang kaya)."
"...katakanlah; kebenaran itu daripada Tuhanmu. Barangsiapa yang mahu hendaklah beriman
dan barangsiapa yang tidak mahu hendaklah ingkar."
(Q.S Al Kahf: 28-29)
Pernah suatu hari Ibnu Ummi Maktum memohon hendak masuk berjumpa Nabi SAW. Disisi Nabi SAW ada orang terhormat, maka Nabi SAW merasa tidak enak, kemudian turunlah ayat ini:
"Dia (Muhamad) mengerutkan muka 9masam mukanya) dan berpaling. Kerana datang
kepadanya seorang buta (Ibnu Ummu Maktum). Tahukah engkau barangkali dia akan cari
kesucian. Atau akan menerima peringatan. Adapun orang kaya itu (Orang Quraisy yang
terhormat itu), maka engkau menghadapnya."
(Q.S Abasa: 1-6)
Nabi SAW bersabda:
"Banyak-banyaklah mengenal orang-orang fakir. Berikan sesuatu kepada mereka.
sesungguhnya mereka punya kekuasaan." Mereka berkata,"Apakah kekuasaan mereka itu?"
Rasulullah SAW berkata, "Pada hari kiamat dikatakan kepada mereka: lihatlah orang yang
memberimu makan sekadar sedikit atau minum sekadar seteguk atau pakaian sekadar sehelai,
peganglah tangannya dan bawalah ia ke Syurga!"
Nabi SAW bersabda:
"Aku masuk ke Syurga. Kudengar gerakan di depanku. Kulihat, ternyata Bilal. diatasnya
umatku yang fakir-fakir dan anak-anaknya dan di bawahnya orang-orang kaya dan sedikit
wanita. Aku berkata, "Ya Tuhan, bagaimana keadaan mereka?" Allah berkata, "Adapun
wanita-wanita, mereka mabuk emas dan sutera, sedangkan orang-orang kaya itu akan dihisab.
" Aku tidak melihat Abdur Rahman bin Auf. namun sebentar kemudian dia datang sambil
menangis. kutanya, "mengapa engkau tertinggal dariku?" Dia berkata, "Ya RasulullahSAW,
aku mengalamai beberapa kesulitan. Kukira aku tidak akan melihat engkau." Rasulullah SAW
bertanya, "mengapa?' Dia berkata "Aku dihisab kerana hartaku."
bersambung...
PENENANG JIWA: bab 34 -Keutamaan Fuqara.
Nabi SAW bersabda:
"sebaik-baik umat ini adalah fuqaranya dan paling cepat masuk ke Syurga adalah kaum yang lemah."
Nabi SAW bersabda:
"Kupunya dua kecenderungan. siapa menyukainya, bererti menyukaiku dan siapa membencinya,
bererti membenciku, iaitu kefakiran dan perjuangan.
Dirawikan bahawa Jibril as datang kepada Nabi SAW sambil berkata "ya Muhamad, Allah membacakan salam untuklmu dan berkata, "sukakah kau jika gunung ini Ku-jadikan emas dan bersamamu dimana pun kau berada?" Rasulullah terdiam sejenak lalu berkata, "Hai Jibril, dunia ini rumah orang yang tidak punya rumah, harta orang yang tidak punya harta dan yang mengumpulkannya hanyalah orang yang tidak berakal." Kemudian Jibril berkata,.:Hai Muhamad, semoga Allah menetapkan ucapanmu."
Dirawikan bahawa Nabi Isa berjumpa dengan orang yang sedang tidur lena dalam selimutnya. segera dia, membangunkannya seraya berkata, "Hai orang yang tidur, bangunlah dan ingatlah kepada Allah." orang itu berkata, "Apa yang kau kehendaki dariku. Aku sedang meninggalkan dunia untuk ahlinya." Lalu Nabi Isa berkata, "Jika demikian tidurlah engkau wahai kekasihku." Pernah juga Nabi Musa melhat lelaki yang tengah tdur di atas tanah, berbantal batu bata namun muka dan janggutnya penuh debu. Nabi Musa berkata, "Ya Tuhanku, hambamu ini tersia-sia di dunia." Kemudian Allah memberinya wahyu: "Hai Musa, tidakkah kau tahu jika Aku memandangi seorang hamba, ku-Halangi dia dari dunia seluruhnya."
Nabi SAW bersabda:
"Kefakiran lebih indah menghiasi orang mukmin daripada tanda yang disimpulkan di ubun-ubun kuda."
Juga Nabi SAW pernah bersabda:
"Jika salah seorang kamu diwaktu pagi sihat dan senang hati ada makanan pula di hari itu, maka seperti dunia seisinyamdiberikan kepadanya."
Telah berkata Kaab al-Akhbar: Allah SWTnberkata kepada Musa, "Hai Musa, jika kau rasa kau akan fakir, katakanlah, Selamat datang wahai bendera orang soleh.' Atha' al-Khurasan berkata, "suatu ketika Nabi SAW melihat seorang lelaki berada di tepi laut sedang melempar jalanya sambil membaca 'Bismillah', namun ketika ditarik jalanya itu tidak berisikan apa-apa. Lelaki itu lemparkan jala sambil membaca 'Bismiys Syaitan", malah ketika ditarik, banyak sekali ikan yang ada di dalamnya. Kemudian Nabi SAW bersabda:
" Ya Tuhan mengapakah terjadi sedemikian? Aku tahu semua itu adalah kekuasaanMu". Allah lalu berkata kepada Malaikat, "Bukakan untuk hamba-Mu tempat keduannya". setelah Nabi SAW melihat kemuliaan yang dijanjikan untuk lelaki yang pertama dan kehinaan untuk lelaki yang kedua, maka nabi SAW berkata "Ya Tuhan, aku telah rela".
Nabi SAW bersabda:
"Aku lihat di Syurga kebanyakkan penghuninya adalah orang-orang fakir dan aku lihat di Neraka kebanyakan penghuninya adalah orang kaya dan wanita".
Dan dalam suatu hadis lain:
"Kulihat kebanyakan penghuni Neraka adalah wanita. Mengapakah terjadinya demikian?. Maka dikatakan, "Mereka mabukkan emas dan za'faran."
Telah bersabda Nabi saw:
" Hadiah orang mukmin di dunia adalah kefakiran."
dan dalam khabar disebutkan, "Nabi yang terakhir masuk Syurga diantara nabi yang lain ialah Nabi Sulaiman bin Daud As kerana kemegahan kerajaannya dan sahabat yang terakhir masuk ke Syurga di antara sahabat yang lain adalah Abdur Rahman Bin Auf kerana kekayaannya." Dalam hadis disebutkan, "kulihat Abdur Rahman bin Auf masuk syurga dengan bersusah payah." Al-Masih mengatakan, "Orang kaya masuk syurga dalam keadaan susah."
Ok, nanti sambung lagi...ada sedara mara datang rumah...
Wednesday, 27 February 2013
my munchkins...
Tapi bila dia batuk2 tu memang risau jugaklah aku...
Posing sebelum ke sekolah.."Dania ok jer"..
Tuesday, 26 February 2013
lagi sekali...
Ok, berbalik pada bihun yg di goreng tadi, ketenangan menggoreng pun terganggu sebab lain macam jer suara budak2 dalam bilik tu...aku pun pegilah cekidaut what happen, rupanya si abang tengah membaham lengan si adik, yang siadik pun tak boleh buat pa..pasrah gitu sambil menangis...so, ini dh kali kedua siabang menggiggit lengan siadik..lengan yang sama, tempat jer jauh sikit..dahlah bekas gigitan haritu tak hilang lagi...duhhhh!!!!!geram...kesian budak kecit tu...budak kecit tu memang super duper nakal..tu kes dia usik abang dia main games la tu...yang si kakak pulak senyap jer layan kepala lepas mkn ubat selsema..badan x sihatlah katakan....tapi bila siabang nangis lps kena sedas (tak kuat ok..gempak jer!!), boleh dia sambung "tulah....lain kali jgn gigit alif!! Ooohhhh...tak tidur rupanya!!!
Gigitan warning pertama.. |
Gigitan kedua.. |
Kesian..masa nak tidur tu usap-usap tangan..sakit la tu...kikiki..
Monday, 25 February 2013
resah yang mendamaikan...
Lama gila tak update...rasa tak buat apa, tp ada yg dibuat..sehari tak rasa masa, hinggalah bertukar minggu dan bulan...
Dalam tak update tu, aku adalah buat beberapa perkara memasak ni...nak cabar dirilah katakan...rupanya aku ni boleh jugaklah masak...klu dulu nk makan seri muka tu, main beli jer, laa ni rupanya boleh buat sendiri jaa...nnt aku upload cara-cara membuatnya..memang super simple semuanya..
Sebenarnya aku nk kongsi ttg satu buku yg aku baca...bagi aku ianya memang banyak mengubah aku, x taulah bagi orang lain..(aish...tgh ada idea nilah, alif nk bangun..kacau betullah!!!)..
Ok, br dpt sambung balik, berbalik pd buku tadi, biar aku pilih tajuk yg memang buat aku menggigil.."Amal, Mizan Dan Seksa Neraka".
Wahai orang yang tergila-gilakan dunia, tinggalkan memikirkan sesuatu yang hendak kau tinggalkan dan fikirkan yang bakal kau hadapi. Kau tahu kebanyakannya akan ke Neraka.
"Tak ada seorang pun di antara kamu melainkan mendatangi neraka,
Demikian itu suatu kewajipan yang diputuskan oleh Tuhanmu. Kemudian
Kami selamatkan orang-orang yang takwa dan kami biarkan orang-orang
Aniaya dalam neraka dengan berlutut" (Q.S Maryam: 71-72)..
Maknanya disini, kita semua akan keneraka dulu, kecuali para Nabi dan Sahabat yang telah dijanjikan tempat. Alangkah berbahagianya mereka..
Rasulullah SAW bersabda:
"Seksa terkecil bagi ahli neraka di hari kiamat ialah selipar api neraka
Yang apabila dipakai otak akan mendidih disebabkan panasnya
Selipar itu"..
Marilah kita sama2 mencari redhaNya..
Insyaallah, dipost2 yang lain aku akan postkan lagi apa yg boleh kita kongsi bersama...kiranya akupun nak berdakwah jugak..hehehe...bukankah itu tugasan kita sebagai khalifah di muka bumi yang fana ini...
AJL 27
Lepas2 tu..aku dh hilang fokus..AJL x mampu nk mengikat aku terpaku, mcm layan chanel food network, atau Betv..
Agak buang masa jgk sbb sebenarnya mlm ni ada kerja nak buat, tp tangguh utk besok (padan muka! Sbb suka tangguh kerja..), lepas tu logo sekolah tak jahit lagi kt tudung Dania, byk form x isi lagi, baju utk stok seminggu pun x iron lagi...yada..yada..yada..
Yang sebenarnya aku pun heran, knp kerja rumah ni x pandai habis!!!
Wednesday, 9 January 2013
Semoga semuanya di permudahkan OlehNya...
masih Hijau dlm dunia online marketing, thanks to asben kerana banyak membantu..yalah orang lama katakan..
banyak yang perlu dilakukan...gerakkan segala sendi, urat, tulang otot, dan yang paling penting mental harus kuat, jiwa harus kental...
ok..nanti ada masa, akan ada entry terbaru..sekarang ni nk fokus buat benda lain dulu, sementara alif tak bangun untuk isi minyak tgh malam ..
assalamaualaikum..
Saturday, 5 January 2013
template oo template..
not a first time
dulu aku pnh cuba utk berblog, tp itu cerita 6 thn lepas, masatu tgh besarkn dania yg berumur setahun lebih, so bolehlah bayangkan kenakalan + kebizian menguruskn hidup yg seakan huru hara..sampai tumpul minat nk mengarang.
Tp skrg dah ada 3..keh..keh..keh..mmg idea tumpul habis..pejam celik pejam celik its been 6 years..so skrg ni kena asah balik sbb asben pun mcm dh bising2 aku ni x buat apa, tp cerita banyak! Lagipun dania dh masuk sekolah derajah 1, mesti akan ada byk stori mori menyusul..
HUMAN NEED TO BE HEARD
“Loneliness does not come from having no people around, but from being unable to communicate the things that seem important to ...
-
Haritu aku sakit leher..mungkin akibat salah bantal semasa tidur, atau stress atau apapun sebabnya, tapi memang sakit...dah sapu dengan miny...
-
Hai sumer... Haa...cuti sekolah berbaki lagi beberapa hari..ada 3 hari lagi kut..so ada plan nak pegi mana-mana tak? Last minute plan...pad...
-
Siapa suka makan ayam goreng??? Sila jelir lidah:-P Mesti ramai yang suka makan kan...tak kiralah dewasa atau kanak...tekak ni macam dah pu...